Month: Mac 2023

Menghapuskan Dosa

Apabila saya ternampak tangkai bersebelahan dengan hos kebun di tepi beranda kami mula bertunas, saya tidak mengendahkan tumbuhan yang kelihatan tidak berbahaya itu. Bagaimanakah mungkin lalang sekecil itu dapat memudaratkan halaman kami? Namun begitu, selepas beberapa minggu berlalu, tumbuhan perosak itu membesar menjadi belukar kecil dan mula menceroboh laman rumah kami. Tangkainya merayap melengkungi sebahagian laluan pejalan kaki kami dan berpucuk di kawasan yang lain. Setelah menyedari kewujudan lalang-lalang yang bersifat perosak itu, saya meminta pertolongan suami saya untuk menggali keluar akar lalang-lalang tersebut dan kemudian menggunakan racun rumpai untuk melindungi halaman rumah kami.

Kita Tidaklah Keseorangan

Dalam cerpen seram Fredric Brown yang berjudul “Knock” (Mengetuk), dia menulis, “Lelaki terakhir di bumi duduk berseorangan di dalam sebuah bilik. Dia terdengar ketukan pada pintu.” Alamak! Siapakah itu? Apakah yang dikehendaki mereka? Makhluk misteri apa yang telah datang untuknya? Lelaki tersebut tidaklah keseorangan.

Didikan daripada Kitab Suci

Pada penghujung abad ke 1800-an, manusia di beberapa tempat yang berlainan telah menghasilkan sumber pelayanan yang hampir serupa pada masa yang sama. Yang pertama adalah di Montreal, Kanada pada tahun 1877. Pada tahun 1898 pula, konsep yang lain telah dilancarkan di Bandaraya New York. Menjelang tahun 1922, terdapat hampir lima ribu program sebegini yang giat aktif di Amerika Utara pada setiap musim panas.

Diam dalam Hadirat Tuhan

Foto manusia hidup yang pertama dalam sejarah ditangkap oleh Louis Daguerre pada tahun 1838. Foto tersebut menggambarkan seorang lelaki di sebuah jalan yang kosong di Paris pada waktu tengah hari. Namun foto tersebut nampaknya mempunyai sesuatu misteri yang ketara; jalan raya dan laluan pejalan kaki di jalan tersebut sepatutnya sibuk sekali dengan lalu lintas kereta kuda dan pejalan kaki pada waktu tengah hari, tetapi tiada yang kelihatan.

Titik Penentu 

Jabat tangan tersebut amat besar maknanya. Pada suatu malam bulan Mac tahun 1963, dua orang pemain bola keranjang universiti—seorang pemain kulit hitam dan seorang pemain kulit putih—telah menentang kebencian para penyokong dasar pengasingan untuk berjabat tangan. Tindakan mereka menandakan kali pertama dalam sejarah negeri Mississippi bahawa pasukan lelaki kulit putih negeri tersebut bermain melawan sebuah pasukan bersepadu (kulit putih dan kulit hitam). Demi bertanding dengan Universiti Loyola Chicago dalam kejohanan kebangsaan pada “titik-titik penentu” ini, skuad negeri Mississippi mengingkari perintah pembatas yang menghalang penyertaan mereka dengan menggunakan pemain-pemain umpan untuk keluar dari negeri mereka. Sementara itu, pemain kulit hitam daripada pasukan Loyola telah menanggung pelbagai jenis penghinaan rasis sepanjang musim, malah dilontari bertih jagung dan ais serta tidak dialu-alukan langsung dalam perjalanan mereka.