Hadirat Tuhan yang Berkuasa
Pada tahun 2020, perayaan berlangsung untuk menyambut ulang tahun keseratus bagi pelulusan Pindaan Ke-19 dalam Perlembagaan Amerika Syarikat, yang telah memberi golongan wanita hak untuk mengundi. Gambar-gambar lama menunjukkan pengarak dengan sepanduk yang terpampangnya kata-kata daripada Mazmur 68: “Tuhan memberikan perintah-Nya, lalu banyak wanita membawa berita” (ayat 12, TMV).
Tidak Pernah Terlalu Jauh
Pada zaman remaja Raj menerima Yesus sebagai Penyelamatnya, tetapi tidak lama kemudian Raj menyimpang daripada imannya dan menjalani kehidupan yang berjauhan daripada Tuhan. Kemudian pada suatu hari, Raj mengambil keputusan untuk memulihkan hubungannya dengan Tuhan dan kembali ke gereja—namun Raj ditegur oleh seorang wanita yang mencacinya kerana menghilangkan diri bertahun-tahun lamanya. Hal tersebut menambah rasa malu dan bersalah yang dialami oleh Raj atas hidupnya bertahun-tahun sebelum ini yang jauh daripada Tuhan. Adakah aku sudah tiada harapan lagi? Raj tertanya-tanya. Kemudian Raj teringat bagaimana Kristus memulihkan Simon Petrus (Yohanes 21:15-17), walaupun dia telah menyangkal Yesus (Lukas 22:34, 60-61).
Wanita yang Melayani Tuhan
Wanita yang Melayani Tuhan
Baca: Yohanes 15:16 “...Aku yang memilihmu dan menyuruhmu berbuah lebat, dan buahmu itu haruslah kekal,...”
Sempena Hari Wanita Sedunia ini, kami merayakan sumbangan empat wanita yang setia melayani Our Daily Bread (ODB) di Pejabat Kota Kinabalu.
Clarensia Rongkos sudah melayani ODB selama empat tahun. Dia bermula sebagai pelajar praktikal sebelum meneruskan pengajian dalam Masters of Divinity di…
Keseorangan?
Rumah tangga Sue retak di depan matanya. Dengan tiba-tiba suaminya meninggalkan keluarga mereka, lalu Sue bersama anak-anak berasa amat keliru dan marah. Sue memujuk suaminya untuk menghadiri kaunseling perkahwinan dengannya, tetapi suaminya menolak kerana dia mendakwa bahawa segala masalah yang timbul berpunca daripada Sue. Perasaan cemas dan putus asa menguasai Sue apabila dia menyedari bahawa suaminya mungkin tidak akan kembali lagi. Mampukah Sue menjaga diri dan anak-anaknya berseorangan?
Tuhan Mengenal Kita
Baru-baru ini saya melihat sekeping gambar arca Musa oleh Michelangelo. Dari pandangan dekat, bonjolan otot yang kecil boleh kelihatan pada lengan kanan Musa. Otot tersebut merupakan otot extensor digiti minimi (otot di lengan bawah), dan penegangan otot ini hanya tampak apabila seseorang mengangkat jari kelengkengnya. Michelangelo, yang dikenali sebagai pakar dalam perincian yang rumit, telah menumpukan perhatian rapi kepada tubuh badan manusia dalam karya arcanya, dengan menambah ciri-ciri peribadi yang selalunya terlepas pandang oleh kebanyakan orang. Michelangelo begitu mengenal tubuh badan manusia berbanding dengan pengarca-pengarca yang lain. Namun begitu, butiran-butiran pada batu arca granit merupakan usahanya untuk menyatakan sesuatu yang lebih mendalam—jiwa, iaitu hidup dalaman manusia. Namun sudah tentunya, arca Michelangelo tetap ada kekurangannya.