Kita akan meninggalkan sedikit “cebisan” kita sebelum kita berpindah ke tempat yang baru. Tetapi untuk menjadi penduduk tetap di Villas Las Estrellas, Antartika, sebuah kawasan yang amat sejuk dan kering, anda harus betul-betul meninggalkan cebisan dari tubuh anda. Dengan kedudukan hospital terdekat yang sejauh 1005 kilometer, seseorang akan mengalami masalah besar jika saluran apendiksnya pecah. Jadi semua penduduk di kawasan tersebut perlu terlebih dahulu membedah saluran apendiks mereka sebelum berpindah ke sana.
Nampaknya drastik, bukan? Tetapi tidaklah drastik seperti menjadi umat dalam kerajaan Tuhan. Oleh sebab kebanyakan orang mahu mengikut Yesus menurut caranya sendiri tetapi bukan mengikut cara-Nya (Matius 16:25-27), Dia mendefinisikan semula maknanya sebagai seorang pengikut. Dia berkata, “Jika seseorang hendak mengikut-Ku, dia harus menyangkal dirinya, memikul salib dan mengikut-Ku” (ayat 24). Ini bermaksud kita harus bersedia untuk melepaskan apa-apa sahaja yang menentang Dia dan kerajaan-Nya. Dengan memikul salib kita, kita mengisytiharkan kesanggupan untuk mengalami penindasan sosial dan politik, bahkan mati demi mengabdi kepada Kristus. Dengan tindakan yang melepaskan dan memikul, kita juga harus rela mengikut Dia. Inilah sikap yang bertindak dengan segera untuk mengikut pimpinan Tuhan, ketika Dia memimpin kita melakukan pelayanan dan pengorbanan.
Mengikut Yesus mempunyai maksud yang lebih daripada meninggalkan secebis kehidupan kita. Semasa Dia menolong kita, ini adalah tentang menyerahkan seluruh hidup kita—termasuk tubuh kita—kepada Dia sahaja.