Kadangkala, hidup dengan penyakit kronik dan kelesuan menyebabkan seseorang harus hidup terasing di rumah dan berasa kesepian. Saya selalu berasa tidak dilihat oleh Tuhan dan orang lain. Pada suatu pagi, sewaktu saya berjalan sambil berdoa bersama dengan anjing perkhidmatan saya, saya bergelut dengan perasaan sebegini. Saya ternampak sebuah belon udara panas dari jauh. Orang yang berada di dalam raga tersebut boleh menikmati pemandangan dari atas dan melihat kawasan kejiranan kami yang sunyi, tetapi mereka tidak dapat melihat saya. Semasa saya terus berjalan melalui kawasan perumahan jiran saya, saya menghela nafas. Berapa ramai orang di sebalik pintu tertutup itu berasa tidak dilihat dan tidak penting? Selepas berjalan, saya meminta Tuhan memberi saya peluang untuk memberitahu jiran-jiran saya bahawa saya melihat dan mengambil berat terhadap mereka, demikian juga dengan Tuhan.

Tuhan menentukan bilangan bintang-bintang yang wujud tepat seperti yang dikatakan-Nya. Dia memanggil setiap satu dengan namanya (Mazmur 147:4), tindakan intim yang menunjukkan perhatian-Nya bahkan butiran yang sangat kecil. Kekuatan-Nya—pengertian, pengadilan dan pengetahuan—“tidak ada batasan” pada masa lalu, sekarang, atau masa depan (ayat 5).

Tuhan mendengar setiap tangisan yang terdesak dan melihat setiap tangisan sepi dengan jelas sepertimana Dia memerhatikan setiap helaan nafas gembira dan ketawa yang terbahak-bahak. Dia melihat apabila kita jatuh dalam kegagalan dan ketika kita berdiri dalam kejayaan. Dia memahami ketakutan kita yang terpendam, pemikiran kita yang terselindung, dan impian kita yang besar. Dia mengetahui tempat yang kita berada dan akan pergi. Sepertimana Tuhan menolong kita untuk melihat, mendengar dan mengasihi jiran kita, kita boleh percaya bahawa Dia melihat, memahami dan memperhatikan kita.