Kajian Nenek
Para pengkaji di Universiti Emory menggunakan imbasan MRI untuk mengkaji otak beberapa orang nenek. Mereka mengukur reaksi simpati nenek-nenek terhadap imej termasuk cucu mereka, anak mereka yang sudah dewasa, dan seorang budak yang tidak dikenali. Kajian menunjukkan bahawa nenek-nenek ini mempunyai empati yang lebih tinggi terhadap cucu mereka berbanding anak mereka yang sudah dewasa. Ini disebabkan oleh fakta yang dipanggil “faktor comel”—cucu mereka lebih “comel” daripada orang dewasa.
Tuhan Mengingati Nama
Pada hari Ahad selepas saya mula bekerja sebagai seorang pemimpin belia di sebuah gereja dan bertemu dengan beberapa orang muda di situ, saya bertegur sapa dengan seorang gadis remaja yang duduk bersebelahan dengan ibunya. Ketika saya menyapa gadis yang pemalu itu dengan satu senyuman, saya memanggil namanya dan bertanya khabar. Dia mengangkat kepalanya dan matanya yang cantik berwarna coklat terbeliak memandang saya. Dia juga tersenyum dan berkata dengan suara kecil: “Kamu mengingati nama saya.” Dengan hanya memanggil namanya—seorang gadis yang mungkin berasa tidak penting di gereja yang dipenuhi oleh orang dewasa—saya memulakan hubungan yang berasaskan kepercayaan. Dia berasa dilihat dan dihargai.
Siapakah Saya?
Pada tahun 1859, Joshua Abraham Norton mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Amerika Syarikat. Norton telah memperolehi dan kehilangan—kekayaannya dalam perkapalan San Francisco, tetapi dia menginginkan identiti baru: Maharaja Pertama Amerika. Apabila surat khabar San Francisco Evening Bulletin mencetak pengumuman “Maharaja” Norton, ramai pembaca mentertawakannya. Norton membuat perisytiharan yang bertujuan untuk memperbetulkan penyakit masyarakat, mencetak mata wangnya sendiri, malah menulis surat untuk melamar Ratu Victoria demi menyatukan kerajaan mereka. Dia memakai pakaian seragam tentera diraja yang direka oleh tukang jahit tempatan. Seorang pemerhati berkata Norton kelihatan “seperti seorang maharaja dari setiap sudut.” Akan tetapi, dia bukan. Kita tidak boleh mengada-adakan identiti kita.
Menerokai Bintang-Bintang
Pada tahun 2021, usaha daripada berbilang negara telah menghasilkan pelancaran Teleskop Angkasa James Webb— dilancarkan sejauh hampir sejuta batu dari bumi untuk mengkaji alam semesta. Benda yang menakjubkan ini akan menyingkap ruang angkasa serta menyelidiki bintang-bintang dan keajaiban cakerawala.
Kepimpinan yang penuh Kasih
Video tular tentang seekor ibu beruang yang cuba membawa empat ekor anak kecilnya yang aktif melintasi sebuah jalan raya yang sibuk, membuat saya tersenyum. Kita boleh mengaitkan diri dengan adegan ini ketika melihat ibu beruang itu mengangkat anaknya satu persatu untuk melintas ke seberang jalan—tetapi anak beruang tersebut pula berjalan balik ke seberang jalan. Selepas banyak cubaan yang mengecewakan, ibu beruang akhirnya mengumpulkan keempat-empat anaknya dan keluarga beruang ini berjaya melintas jalan dengan selamat.