Semasa saya sedang bersiap-siap untuk melakukan aktiviti luncur keluang (zip line), yang meluncur dari puncak hutan hujan Kepulauan Caribbean di St. Lucia, perasaan takut mula menguasai saya. Beberapa saat sebelum melompat turun dari pelantar, fikiran saya dipenuhi dengan pelbagai kemungkinan buruk. Namun dengan memberanikan diri, saya teruskan sahaja. Dari puncak hutan, saya bergerak melalui pokok-pokok berdaun lebat dengan angin meniup rambut, secara perlahan-lahan perasaan bimbang saya mula hilang. Saya terus bergerak ke depan dengan ditarik oleh kuasa graviti. Tidak lama kemudian, pelantar yang seterusnya mula kelihatan, saya pun berhenti secara perlahan dan akhirnya saya sampai dengan selamat.
Waktu yang saya meluncur di hutan menggambarkan masa-masa yang Tuhan telah menyuruh kita melakukan sesuatu yang baru dan mencabar. Alkitab mengajar kita percaya sepenuhnya kepada Tuhan dan “janganlah bersandar kepada pengertian [kita] sendiri” (Amsal 3:5) apabila kita berasa ragu-ragu dan tidak pasti. Minda yang penuh dengan ketakutan dan kebimbangan boleh menyebabkan perjalanan hidup kita mudah terpesong. Tetapi setelah kita mengambil keputusan untuk melangkah dengan iman dan menyerahkan segalanya kepada Tuhan, “maka Dia akan meluruskan jalanmu” (ayat 6). Kita akan lebih yakin untuk bergerak dalam iman dengan mempelajari tentang Tuhan melalui masa yang diluangkan untuk berdoa dan membaca Alkitab.
Kita dapat memperoleh kebebasan dan ketenangan walaupun menghadapi cabaran hidup selagi kita bergantung pada Tuhan, dan rela dibimbing oleh Dia melalui perubahan dalam kehidupan kita.