Mula-mula kerbau berkeliaran di tempat ini. Begitulah asalnya tempat tersebut di Amerika Utara. Orang Asli Dataran menyusuli binatang bison ke tempat itu sehinggalah para peneroka sampai untuk berternak dan bertani. Tanah tersebut kemudiannya digunakan sebagai tapak penghasilan bahan kimia selepas kejadian Perlabuhan Pearl semasa Perang Dunia Kedua. Selepas itu, tanah tersebut digunakan pula untuk menghapuskan semua senjata pada waktu Perang Dingin. Namun pada suatu hari, sekawan helang botak telah ditemukan di situ dan sejurusnya, Kawasan Perlindungan Hidupan Liar Kebangsaan Arsenal Gunung Rocky ditubuhkan—sebuah kawasan seluas lima belas ribu ekar yang terdiri daripada habitat padang rumput, tanah lembap, dan hutan cerang di pinggir bandar metropolis Denver, Colorado. Kini, kawasan tersebut merupakan salah sebuah tempat perlindungan bandar yang terbesar di Amerika Syarikat—sebuah kawasan habitat yang selamat dan terlindung untuk lebih daripada tiga ratus spesies haiwan, termasuklah feret berkaki hitam, burung hantu shoco, helang botak dan teka apa binatang lagi: kerbau yang berkeliaran.

Pemazmur memberitahu kita bahawa, “Allah Pelindung kita” (62:8). Tuhan menjadi tempat perlindungan kita yang sejati, jauh lebih hebat daripada mana-mana tempat perlindungan di bumi ini, dalam hadirat-Nya kita dilindungi “kerana-Nya kita hidup, bergerak serta ada di dunia ini” (Kisah Para Rasul 17:28). Tuhanlah Pelindung kita yang boleh kita percayai “setiap waktu” (Mazmur 62:8). Tuhan jugalah tempat perlindungan yang boleh kita panjatkan segala doa kita dengan sepenuh hati kita.

Tuhan ialah Pelindung kita. Begitulah Tuhan sejak semula, kini, dan selama-lamanya.