Ngarai Dismals yang terletak di barat laut Alabama menarik ramai pelancong pada setiap tahun, iaitu pada bulan Mei dan Jun apabila larva agas menetas dan menjadi cacing bercahaya. Pada waktu malam, cacing bercahaya ini memancarkan kilauan biru yang terang, dan beribu-ribu daripadanya menghasilkan cahaya yang menakjubkan.

Dengan cara yang sama, rasul Paulus menulis bahawa orang yang percaya kepada Kristus adalah seperti cacing yang bercahaya. Dia menjelaskan, “dahulu kamu gelap tetapi sekarang sudah menjadi cahaya dalam Tuhan” (Efesus 5:8). Tetapi kadangkala kita hairan bagaimana “cahaya kecil kita ini” boleh membawa perubahan. Paulus mengatakan ini bukan tindakan perseorangan. Dia memanggil kita “anak-anak cahaya” (ayat 8) dan menjelaskan bahawa kita “menerima sebahagian warisan orang yang salih dalam cahaya” (Kolose 1:12). Menjadi cahaya di dunia merupakan usaha bersama, tugas tubuh Kristus, dan tugas gereja. Paulus menekankan perkara ini dengan menggambarkan kita sebagai “cacing cahaya” yang menyembah bersama-sama, “berkata-katalah sesama sendiri dengan mazmur, lagu pujian serta nyanyian rohani, menyanyi dan berlagu untuk Tuhan dalam hatimu” (Efesus 5:19).

Apabila kita menjadi tawar hati dan berfikir bahawa kesaksian hidup kita hanyalah satu titik di tengah budaya malam yang hitam pekat, kita boleh mendapat keyakinan daripada Alkitab. Kita tidak sendirian. Dengan bimbingan Tuhan, kita dapat membawa perubahan bersama-sama dan memancarkan cahaya yang terang. Ia kelihatan seperti seluruh kumpulan cacing cahaya mampu menarik perhatian semua orang.