Saya dan seorang kawan lama sudah lama tidak bertemu. Pada masa itu, dia telah menerima diagnosis kanser dan memulakan rawatan. Perjalanan yang tidak dijangka ke negerinya memberikan saya peluang untuk berjumpa dengan dia. Saya berjalan masuk ke dalam restoran, dan air mata memenuhi mata kami berdua. Sudah terlalu lama kami tidak berada dalam bilik yang sama, dan kini kematian meringkuk di sudut mengingatkan kami tentang singkatnya kehidupan. Air mata kami mengalir daripada persahabatan lama yang dipenuhi dengan pengembaraan, telatah, tawa kehilangan—dan kasih. Kasih sayang ini begitu mendalam sehingga terpancar daripada mata kami ketika kami berpandangan satu sama lain.

Yesus juga menangis. Kitab Yohanes mencatatkan saat itu, selepas orang-orang Yahudi berkata, “Marilah lihat, ya Tuhan,” (11:34), dan Yesus berdiri di hadapan kubur sahabat baik-Nya Lazarus. Kemudian kita membaca dua perkataan yang mendedahkan kemanusiaan Kristus yang mendalam: “Yesus menangis” (ayat 35). Adakah banyak yang berlaku pada masa itu, perkara yang dilakukan oleh Yohanes dan tidak di rekodkan? Ya. Namun saya juga percaya apa yang diberitahukan tentang reaksi orang Yahudi terhadap Yesus: “Lihatlah! Dia sungguh kasih akan Lazarus” (ayat 36). Baris ayat itu memberikan bukti yang cukup untuk kita berhenti, dan menyembah Sahabat yang mengetahui setiap kelemahan kita. Dalam kemanusiaan Yesus, Dia adalah seperti kita yang memiliki daging dan darah, serta menitiskan air mata. Yesus ialah Juruselamat yang mengasihi dan memahami kita.