Pada 12 Julai 1968, kulit depan majalah Life memaparkan foto ngeri tentang kanak-kanak yang kebuluran dari Biafra (yang pernah menjadi sebahagian Nigeria semasa perang saudara). Dengan hati pilu, seorang budak lelaki membawa majalah itu kepada seorang pastor dan bertanya, “Adakah Tuhan tahu tentang perkara ini?” Pastor itu menjawab, “Saya tahu bahawa kamu tidak memahaminya, tetapi ya, Tuhan mengetahuinya.” Budak itu beredar, sambil mengisytiharkan dia tidak berminat dengan Tuhan sedemikian.

Pertanyaan seperti ini bukan sahaja mengganggu hati kanak-kanak tetapi juga kita. Alangkah baiknya sekiranya budak lelaki itu mengakui bahawa Tuhan penuh misteri, dan dia berpeluang mendengar kisah epik yang masih ditulis oleh Tuhan, termasuk di tempat-tempat yang silam seperti negara Biafra.

Yesus menyatakan kisah ini untuk para pengikut-Nya yang menganggap Dia akan melindungi mereka daripada kesusahan. Sebaliknya, Kristus memberitahu mereka bahawa “di dalam dunia kamu akan menghadapi penderitaan.” Bagaimanapun, Yesus berjanji bahawa penderitaan ini bukanlah pengakhiran. Sebenarnya, Dia sudah “menewaskan dunia” (Yohanes 16:33). Malah dalam fasal terakhir yang ditulis oleh Tuhan, setiap ketidakadilan akan ternyah dan setiap kesengsaraan akan sembuh.

Kitab Kejadian sehingga Wahyu menceritakan kisah Tuhan yang menghapuskan setiap kejahatan yang tidak terbayangkan dan membetulkan setiap kesalahan. Kisah tersebut menunjukkan perhatian Tuhan yang penuh kasih terhadap kita tidak boleh dipertikaikan. Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Segala ini Kukatakan kepadamu supaya kamu beroleh sejahtera di dalam Aku” (ayat 33). Semoga kita bersandarkan sejahtera dan hadirat-Nya pada hari ini.