“Pergilah ke arah cahaya!” Itulah yang dinasihatkan oleh suami saya apabila kami menghadapi kesukaran untuk mencari jalan keluar dari sebuah hospital bandar yang besar pada petang Ahad baru-baru ini. Kami telah melawat seorang sahabat, dan apabila kami keluar dari lif, kami tidak dapat mencari sesiapa pun pada waktu hujung minggu itu untuk menunjukkan kami pintu keluar dan cahaya matahari Colorado yang terang yang dimaksudkan oleh suami saya. Mak kami merayau-rayau di sekitar lorong yang separuh bercahaya dan akhirnya bertemu dengan seorang lelaki. “Lorong-lorong ini semuanya kelihatan sama,” katanya “Tetapi inilah arah ke jalan keluar.” Dengan panduan yang diberi oleh lelaki tersebut, akhirnya kami telah berjaya menemui jalan keluar, dan cahaya matahari yang terang.

Yesus menjemput orang bukan percaya yang keliru dan tersesat untuk mengikut Dia keluar daripada kegelapan rohani mereka. “Akulah cahaya dunia. Orang yang mengikut-Ku tidak akan berjalan dalam kegelapan tetapi akan mempunyai cahaya hidup” (Yohanes 8:12). Dalam cahaya-Nya, kita dapat melihat segala halangan, dosa serta hal-hal yang tersembunyi, dan membenarkan Dia menyingkirkan segala kegelapan daripada kehidupan kita apabila Dia memancarkan cahaya-Nya ke dalam hati kita dan jalan kita. Seperti tiang api yang memimpin orang Israel melalui padang gurun, cahaya Kristus membawa kita mengalami kehadiran, perlindungan dan pimpinan Tuhan.

Seperti yang dijelaskan oleh Yohanes, Yesus adalah “cahaya benar” (Yohanes 1:9) dan “kegelapan tidak menguasainya” (Yohanes 1:5). Daripada berkelana dalam kehidupan, marilah kita memohon pimpinan-Nya kerana Dia akan menerangi jalan kita.