Dalam pertunjukan muzikal popular, Hamilton, Raja England George III telah digambarkan secara lucu sebagai seorang penjahat yang kelakar dan gila. Tetapi biografi baharu tentang Raja George mengatakan bahawa dia bukanlah seorang pemerintah zalim seperti yang digambarkan dalam Hamilton atau Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat. Jika Raja George merupakan seorang yang zalim seperti yang dikatakan oleh orang Amerika, dia pasti akan menghentikan usaha mereka untuk mencapai kemerdekaan dengan cara yang melampau dan kejam. Namun dia sebenarnya memiliki sifat yang “bertamadun dan baik hati.”

Tiada sesiapa tahu jika Raja George mati dengan penyesalan? Adakah pemerintahannya akan lebih berjaya jika dia bersikap kejam terhadap rakyatnya?

Tidak semestinya. Dalam Alkitab, kita membaca tentang Raja Yoram yang memperkukuh takhtanya dengan membunuh “semua saudaranya dan juga beberapa orang pembesar Israel dengan pedang” (2 TAWARIKH 21:4). Yoram “melakukan apa yang jahat di mata TUHAN” (2 TAWARIKH 21:6). Hubungan dia dan rakyatnya adalah renggang disebabkan pemerintahannya yang kejam, menyebabkan mereka tidak bersedih ke atas kematiannya, bahkan tidak “menyalakan api baginya, seperti yang dilakukan terhadap nenek moyangnya” (2 TAWARIKH 21:19).

Ahli-ahli sejarah mungkin berdebat sama ada Raja George terlalu lembut; Raja Yoram pula terlalu kejam. Cara pemerintahan yang terbaik adalah mencontohi Raja Yesus yang “penuh dengan kasih kurnia dan kebenaran” (YOHANES 1:14). Tuntutan Kristus terhadap kita adalah tegas (Dia memanggil kita memegang teguh pada kebenaran), tetapi Dia tetap menerima mereka yang telah gagal (Dia menunjukkan rahmat-Nya). Yesus memanggil kita yang percaya kepada-Nya untuk mengikut pimpinan-Nya. Kemudian, melalui pimpinan Roh Kudus, Dia akan memberi kita kuasa untuk mencontohi Dia.