Di bahagian selatan Bahamas terletaknya sebidang tanah kecil yang dipanggil Pulau Ragged. Pada kurun ke-19, ia mempunyai sebuah perindustrian garam yang aktif, tetapi disebabkan kemerosotan dalam industri tersebut, banyak orang berpindah ke pulau-pulau yang berdekatan. Pada tahun 2016, apabila kurang daripada 80 orang tinggal di sana, munculnya tiga denominasi agama di pulau tersebut. Namun semua orang berkumpul bersama di sebuah tempat untuk beribadat dan bersekutu setiap minggu. Dengan jumlah penduduk yang sangat sedikit, mereka menyedari bahawa nilai kemasyarakatan adalah sangat penting bagi mereka.

Orang-orang percaya dalam gereja awal juga menyedari akan keperluan dan kepentingan yang mendesak bagi wujudnya sebuah komuniti. Mereka berasa teruja tentang penemuan iman baru mereka yang hanya dimungkinkan dalam kematian Yesus dan kebangkitan-Nya. Tetapi mereka juga tahu bahawa Dia tidak lagi bersama mereka secara fizikal, oleh itu mereka sedar mereka memerlukan satu sama lain. Mereka berpegang teguh pada pengajaran para rasul, persaudaraan, pembahagian roti dan doa (Kisah Para Rasul 2:42). Mereka berkumpul di rumah-rumah untuk beribadat dan makan serta menjaga keperluan sesama. Rasul Paulus menggambarkan gereja sedemikian: “Semua orang yang sudah percaya itu sehati sejiwa” (4:32). Dipenuhi dengan Roh Kudus, mereka terus memuji Tuhan dan mendoakan keperluan gereja.

Komuniti adalah penting bagi kita dalam pertumbuhan iman dan memberi sokongan. Jangan cuba bertindak sendirian. Tuhan akan mewujudkan kesedaran bahawa pentingnya komuniti apabila anda berkongsi pergelutan dan sukacita anda dengan orang lain dan bersama-sama mendekatkan diri kepada-Nya.