Sejak tahun 1961, ramai keluarga dan sahabat telah dipisahkan oleh Tembok Berlin, yang ditubuhkan pada tahun tersebut oleh Kerajaan Jerman Timur untuk menghalang warganya melarikan diri ke Jerman Barat. Namun sebenarnya, mula daripada tahun 1949 sehingga bangunan itu siap dibina, dianggarkan seramai lebih daripada 2.5 juta orang Jerman Timur telah melarikan diri ke Barat. Masa itu presiden Amerika Syarikat, iaitu Ronald Reagen pernah berdiri di tembok tersebut dan berkata, “Runtuhkan tembok ini.” Kata-katanya mencerminkan satu dasar perubahan yang memuncak berikutan dengan tembok yang diruntuhkan pada tahun 1989—membawa penyatuan semula Jerman yang menggembirakan bagi seluruh warga.

Paulus menulis tentang keruntuhan “dinding pemisah” oleh Yesus (Efesus 2:14). Dinding tersebut telah wujud antara orang Yahudi (umat pilihan Tuhan) dan orang bukan Yahudi (bangsa-bangsa lain), dan ini melambangkan dinding pemisah (soreg) di rumah berhala kuno yang dibina oleh Herodes Agung di Yerusalem. Orang bukan Yahudi hanya dibenarkan masuk ke kawasan luar rumah berhala disebabkan dinding itu, walaupun mereka dapat melihat kawasan dalam. Tetapi Yesus membawa “perdamaian” antara orang Yahudi dan bukan Yahudi serta antara Tuhan dan semua orang. Dia berbuat demikian dengan meruntuhkan dinding yang memisahkan kita, melalui kematian-Nya pada kayu salib (ayat 14, 16). Berita baik tentang perdamaian menyatukan semua orang kerana percaya kepada Yesus (ayat 17-18).

Hari ini, banyak perkara yang dapat memecahbelahkan kita. Sepertimana Tuhan menyediakan apa yang kita perlukan, marilah kita berusaha untuk hidup dalam kedamaian dan kesatuan yang hanya boleh ditemukan dalam Yesus (ayat 19-22).