Dia disayangi oleh semua orang—itulah kata-kata yang digunakan untuk menggambarkan paderi Giuseppe Berardelli dari Casnigo, Itali. Giuseppe sering menunggang sebuah motosikal lama mengelilingi bandar dan sentiasa kedengaran menyapa orang dengan berkata: “Salam sejahtera.” Dia bekerja tanpa jemu demi kebaikan orang lain. Tetapi pada tahun-tahun terakhir hidupnya, dia mengalami masalah kesihatan yang bertambah buruk apabila dia dijangkiti oleh virus corona; akhirnya meninggal di hospital. Seorang rakan yang telah mengenalinya melebihi dua puluh tahun berkata bahawa Giuseppe pasti memberikan tempatnya di Unit Penjagaan Rapi kepada pesakit muda sekiranya adapeluang. Keadaan ini menunjukkan sikap seorang lelaki yang dikasihi dan dikagumi kerana mengasihi orang lain.

Dikasihi kerana mengasihi, inilah mesej yang terus disuarakan oleh rasul Yohanes dalam seluruh Injilnya. Disayangi dan mengasihi orang lain adalah seperti loceng gereja yang berbunyi siang dan malam, tanpa mengira cuaca. Dalam Yohanes 15, dia menggambarkan kemuncak kasih, kerana Yohanes mendedahkan bahawa kasih yang paling hebat bukannya dikasihi oleh semua orang, tetapi mengasihi semua orang” mengorbankan nyawanya untuk sahabatnya” (ayat 13).

Kisah-kisah umat manusia yang sanggup berkorban untuk kasih senantiasa memberi inspirasi kepada kita. Namun kisah-kisah tidak seberapa jika dibandingkan dengan kasih Tuhan yang agung. Tetapi jangan lepaskan cabaran yang menyusul, kerana Yesus memerintahkan: “Kasihilah sesama sendiri, seperti Aku mengasihimu.” (ayat 12). Ya, kita harus mengasihi semua orang.