Søren Solkær menghabiskan masa bertahun-tahun mengambil gambar burung perling terbang dalam formasi yang cukup menakjubkan: ratusan ribu ekor burung perling terbang seolah-olah bendalir mengalir melintasi langit. Menonton keajaiban ini adalah seperti duduk di bawah ombak yang terancang atau jalinan corak yang terbentuknya daripada coret besar yang berwarna hitam. Di Denmark, mereka memanggil pemandangan ini sebagai Matahari Hitam (juga merupakan tajuk buku fotografi Solkær). Yang paling mengagumkan ialah burung perling yang didorong oleh naluri akan terbang bersamaan dalam jarak yang begitu rapat, sehingga jika ada yang terlepas satu rentak, yang lain akan mengalami malapetaka besar-besaran. Bagaimanapun, burung perling menggunakan formasi terbang ini yang disebut murmuration untuk melindungi satu sama lain. Apabila burung helang turun dalam kalangan burung perling, makhluk-makhluk kecil ini akan memasuki formasi yang ketat dan bergerak secara beramai-ramai untuk mengalahkan pemangsa, yang mahir menyambar mangsa yang bersendirian dengan mudah.
Jadi lebih baik kita bersama orang berbanding hanya keseorangan. “Berdua lebih baik daripada bersendiri,” kata sang Pengkhutbah. “Seandainya … jatuh, yang seorang lagi akan mengangkat temannya. Juga apabila orang tidur berdua, mereka akan terasa panas” (4:9-11). Jika berseorangan, kita dipulaukan dan mudah menjadi mangsa. Kita mudah menjadi tidak berdaya tanpa penghiburan dan perlindungan orang lain.
Tetapi dengan ada teman, kita dapat memberi dan menerima pertolongan. “Dan orang yang bersendirian dapat ditewaskan,” kata sang Pengkhutbah, “dua orang dapat bertahan. Tiga utas tali yang dipintal memang tidak mudah diputuskan” (ayat 12). Disebabkan pimpinan Tuhan, lebih baik kita bersama!