Bulan: Mac 2024

Apakah Tujuan Hidupku?

Dalam buku ini, bekas Editor Pengurus Our Daily Bread, Kurt De Haan, meninjau tulisan purba tetapi abadi dalam kitab Pengkhutbah untuk mendapatkan beberapa jawapan bagi soalan-soalan yang amat dalam dan sangat menggelisahkan kita. Kelak kita akan melihat bahawa kekayaan Salomo atau kepintarannya tidak diperlukan untuk mendapatkan jawapan yang kita semua bakal temukan dalam buku kecil ini.

Harga Diri

Tiada seorang pun yang berpotensi untuk mendapat hormat kendiri dan maruah selain orang melihat diri mereka dari sudut pandangan syurga. Tiada yang mempunyai pendapat yang lebih sihat dan realistik tentang diri mereka selain orang yang percaya bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja jika dimampukan Tuhan. Mari melihat apa kata Alkitab tentang harga diri.

“Akulah Aku”

Jack merupakan seorang profesor falsafah dan sastera yang sangat bijak. Dia telah mengisytiharkan dirinya sebagai seorang ateis pada usia lima belas tahun, dan setelah dewasa dia dengan tegas mempertahankan “kepercayaan ateis (suatu kepercayaan yang tidak mengakui kewujudan Tuhan)” yang dipegangnya. Rakan-rakan Kristian berusaha menjangkaunya. Jack berkata seperti ini, “Nampaknya semua orang dan segala-galanya cuba membuktikan kewujudan Tuhan.” Namun dia harus mengakui, Alkitab berbeza daripada bahan-bahan kesusasteraan dan mitos lain. Dia menulis tentang kitab-kitab Injil: “Seandainya mitos betul-betul menjadi fakta, maka ini merujuk kepada kitab-kitab Injil.” 

Berfikiran Kerajaan Syurga

Apabila saya menyertai satu kumpulan pengarang buku kanak-kanak Kristian yang mendoakan satu sama lain dan membantu menyebarkan berita tentang buku masing-masing, sesetengah orang berkata bahawa kami “bodoh kerana bekerja dengan pesaing.” Tetapi, kumpulan kami komited kepada kepimpinan yang berfikiran kerajaan Tuhan dan ingin mempromosikan komuniti Kristian, bukan persaingan. Kami berkongsi matlamat yang sama, iaitu menyebarkan Injil, dan kami melayani Raja yang sama, yakni Yesus. Bersama-sama, kami menjangkau lebih ramai orang dengan kesaksian kami untuk Kristus.

Berkongsi Iman Anda

Pada tahun 1701, Gereja England mendirikan Persatuan Penyebaran Injil untuk menghantar para mubaligh ke seluruh dunia. Moto yang dipilih mereka ialah transiens adiuva nos, yang bermakna “Datanglah dan bantu kami!” dalam bahasa Latin. Ramai duta Injil telah dipanggil untuk menjadi mubaligh melalui moto ini sejak abad pertama, ketika para pengikut Yesus membawa mesej yang mengandungi kasih dan pengampunan-Nya ke dunia yang sangat memerlukannya.