Pada 30 Disember 1862, Perang Saudara Amerika Syarikat telah berkecamuk. Tentera Kesatuan dan tentera Gabungan masing-masing telah mendirikan khemah mereka di lokasi yang saling bertentangan di sisi Sungai Stones Tennessee. Jarak antara kedua-dua lokasi tersebut kira-kira sejauh 640 meter. Semasa mereka memanaskan badan di sekitar unggun api pada waktu malam, askar Kesatuan mengambil biola dan harmonika mereka lalu memainkan lagu “Yankee Doodle.” Tentera Gabungan pula membalasnya dengan memainkan lagu “Dixie.” Apa yang menakjubkannya, akhirnya kedua-dua pihak telah bersama-sama memainkan lagu “Home, Sweet Home” secara serentak. Dua pihak yang bermusuhan telah sama-sama berkongsi muzik pada malam yang gelap, dan cahaya kedamaian yang tidak terbayangkan telah bersinar. Walau bagaimanapun, suasana yang indah itu sangat singkat. Keesokan paginya, mereka menyimpan biola mereka dan mengambil senapang lalu kembali berperang. Seramai 24,645 orang askar telah kehilangan nyawa mereka.

Usaha manusia untuk mewujudkan keamanan adalah tipis. Permusuhan tamat di sebuah tempat, tetapi menyala di tempat lain. Satu pertikaian hubungan mengalami harmoni tetapi pertikaian boleh muncul lagi beberapa bulan kemudian. Alkitab memberitahu kita bahawa Tuhan adalah satu-satunya pembawa damai yang boleh dipercayai. Yesus berkata dengan jelas, “kamu beroleh sejahtera di dalam Aku” (16:33). Kita mempunyai sejahtera dalam Yesus. Semasa kita mengambil bahagian dalam misi perdamaian-Nya, perdamaian dan pembaharuan Tuhan yang menjadikan kedamaian sejati satu kenyataan.

Kristus memberitahu kita bahawa kita tidak dapat menghindari konflik. “Di dalam dunia [kita] akan menghadapi penderitaan,” kata Yesus. Perselisihan berlaku di mana-mana. “tetapi tegapkanlah hatimu, kerana Aku telah menewaskan dunia ” (ayat 33). Walaupun usaha kita sering sia-sia, Tuhan kita yang penuh belas kasihan (ayat 27) akan membawa sejahtera kepada dunia yang huru-hara ini.