Bulan: April 2024

Kepahitan dalam Coklat Curian

Beberapa orang pencuri di Jerman telah mencuri treler peti sejuk yang dipenuhi oleh lebih daripada dua puluh tan coklat. Anggaran nilai coklat yang dicuri ialah US$80,000. Polis tempatan meminta orang awam melaporkan kepada mereka dengan segera jika mendapati ada sesiapa sedang menjual coklat dalam kuantiti yang banyak melalui cara yang tidak mengikut kelaziman. Pencuri yang “mengecapi” kemanisan coklat dalam jumlah besar itu sudah tentu akan menghadapi akibat yang pahit dan mengecewakan jika mereka ditangkap dan didakwa!

Kristian dan Planet vs Plastik

Kristian dan Planet vs Plastik

“Bumi ini milik TUHAN dengan segala yang di dalamnya, dunia dan semua penghuninya; kerana Dia telah mengasaskannya di atas lautan dan menegakkannya di atas perairan” (Mazmur 24:1).

 

Tuhan merupakan Pemilik agung bagi segala sesuatu di bumi ini kerana semua ialah kepunyaan-Nya, dan Tuhan menciptakan manusia sebagai pengurus di bumi (Kejadian 1:26-28; 2:15). Banyak usaha…

Keharmonian Keluarga 

Saya, kakak dan abang saya terbang dari negeri yang berasingan untuk menghadiri pengebumian bapa saudara kami dan singgah untuk melawat nenek kami yang berusia sembilan puluh tahun. Dia telah lumpuh akibat strok, kehilangan keupayaan untuk bercakap, dan hanya dapat menggunakan tangan kanannya. Semasa kami berdiri di sekeliling katilnya, dia menghulurkan tangan kanannya dan mengambil setiap tangan kami, meletakkan satu tangan di atas satu tangan yang lain di dadanya dan menepuknya. Dengan isyarat tanpa kata-kata ini, nenek saya berbicara tentang hubungan adik-beradik kami yang agak berpecah-belah dan renggang. “Keluarga adalah penting.”

Lembah Pujian

Penyair yang bernama William Cowper bergelut dengan kemurungan sepanjang hidupnya. Selepas percubaan membunuh diri, dia telah dimasukkan ke sebuah tempat perlindungan. Melalui penjagaan seorang doktor Kristian di tempat itu, Cowper telah percaya dan menerima Yesus dengan iman yang kukuh. Tidak lama selepas itu, Cowper berkenalan dengan seorang pastor dan penulis lagu yang bernama John Newton, yang menggalakkan dia menulis sebuah buku nyanyian untuk gereja mereka bersama-sama. Antara lagu yang ditulis oleh Cowper ialah God Moves in a Mysterious Way (“Allah Sungguh Misteri”), yang kata-kata lagu ini yang berkisar daripada pengalaman lalunya: “Hai orang suci yang takut, teguhkan hatimu,; hidup mungkin diliputi kabut ketakutan, belas kasihan dan berkat Tuhan tercurah padamu.”  

Kasih Tuhan yang Lemah Lembut 

Pada tahun 2017, sebuah video telah menjadi tular kerana menunjukkan seorang ayah menenangkan bayi lelakinya yang berusia dua bulan semasa bayi tersebut menerima vaksinasi rutinnya. Video ini mendapat perhatian antarabangsa kerana mempamerkan kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya. Selepas jururawat selesai memberikan vaksinasi, ayah tersebut dengan lembut mendekatkan anaknya ke pipinya, dan bayi tersebut terus berhenti menangis dalam masa beberapa saat sahaja. Tiada cara yang lebih menenangkan selain penjagaan lembut daripada ibu bapa yang penyayang.