Dalam Tangan Tuhan
Bunyi gerudi telah menakutkan Sarah yang berusia lima tahun. Dia melompat keluar dari kerusi doktor gigi dan enggan duduk semula di kerusi tersebut. Doktor gigi tersebut memahami perasaan budak kecil itu dan berkata kepada si ayah, "Ayah, sila duduk kerusi ini." Jason fikir, doktor itu bertujuan untuk menunjukkan anak perempuannya bahawa betapa mudahnya proses tersebut. Tetapi kemudian doktor gigi tersebut berpaling kepada budak kecil itu dan berkata, "Sekarang, naik dan duduk di pangkuan ayah kamu." Dalam pelukan bapanya, Sarah menjadi yakin dan tenang, dan doktor gigi tersebut pun dapat meneruskan kerjanya.
Aku Mendengar-Mu, Tuhan!
Seorang bayi yang bernama Graham menangis dan meronta ketika ibunya memegangnya di pangkuan, sementara doktor memasukkan alat pendengaran pertamanya. Sejurus selepas doktor menghidupkan peranti tersebut, Graham terus berhenti menangis. Matanya terbeliak. Dia tersengih. Dia boleh mendengar suara ibunya menghiburkan dia, menggalakkan dia, dan memanggil namanya.
Pemimpin Mazmur 72
Pada bulan Julai tahun 2022, perdana menteri Britain terpaksa meletak jawatannya selepas orang ramai menganggap pentadbirannya tidak berintegriti (perdana menteri tersebut baru sahaja dilantik dan meletakkan jawatannya hanya selepas beberapa bulan!). Peristiwa itu tercetus apabila menteri kesihatan negara tersebut menghadiri majlis ibadah sarapan pagi parlimen tahunan, dia berasa bersalah tentang ketiadaan integriti dalam kehidupan awam, maka dia meletak jawatan. Apabila menteri lain turut meletak jawatan mereka, perdana menteri Britain menyedari bahawa dia juga harus mengundurkan dirinya. Detik tersebut adalah detik yang amat luar biasa, dan ini bermula daripada suatu persekutuan doa yang aman.
Bersekutu dalam Yesus
Semasa saya melalui tempoh masalah emosi dan pergelutan rohani yang berpanjangan akibat keadaan yang sukar dalam kehidupan saya, saya dengan mudah boleh tawar hati untuk pergi ke gereja. (Kadang-kadang saya juga tertanya-tanya, Mengapa saya perlu bersusah payah untuk datang ke gereja?). Namun saya tetap berasa terdorong untuk terus menghadiri ibadah pada setiap hari Ahad.