Layanan Baik dalam Yesus
Semasa zaman pergerakan hak sivil Amerika Syarikat (AS), Leah Chase, iaitu seorang tukang masak terkenal dari New Orleans, melakukan apa yang dia mampu. Dia menyediakan makanan dan memberi makan kepada mereka yang berarak untuk memperjuangkan hak yang sama untuk semua orang. Dia berkata, “Aku hanya memberi makan kepada mereka. Mereka berjuang untuk sesuatu, dan mereka tidak tahu apa yang bakal terjadi kepada mereka apabila mereka pergi ke sana. Mereka tidak tahu apa yang akan berlaku kepada mereka di jalanan. Tetapi apabila mereka berada di sini, mereka tahu aku akan memberi mereka makan. Itulah yang mampu aku lakukan untuk mereka.”

Dilema Rohani
Secara purata, setiap orang akan memeriksa telefon bimbitnya sebanyak 150 kali sehari. Mari fikirkannya sejenak. Walaupun ada sesuatu yang menarik perhatian kita, tidak semestinya ia bermanfaat bagi kita. Tristan Harris percaya sedemikian. Dia adalah salah seorang yang menyumbang pemerhatiannya dalam filem yang menampilkan beberapa nama besar dalam bidang teknologi, iaitu orang yang memperkenalkan kita kepada “media sosial.” Filem ini tidak bertujuan untuk menyanjung nama mereka, , sebaliknya mereka ingin memberi kita amaran, mendedahkan realiti kita (dan tajuk filem ini), The Social Dilemma.” Kita ialah produk. Perhatian kita ialah produk yang dijual kepada pengiklan.” Kita memberi perhatian kepada perkara yang kita percaya bernilai atau berharga. Dan dalam erti kata yang sangat jelas, apa yang kita berikan perhatian itu, kita mungkin tanpa sedar sedang menyembahnya.

Harta Bapa Kita
Ini hanyalah sebilah pisau lipat lama, haus dan kusam dimamah usia. Mata pisau itu sudah sumbing dan pemegangnya bercalar, tetapi ia salah satu harta berharga milik ayah saya, disimpan dalam almari lacinya sehingga dia memberikannya kepada saya. “Inilah salah satu benda yang dimiliki oleh datukmu” katanya kepada saya. Datuk saya meninggal dunia semasa ayah saya masih kecil, dan ayah menghargai pisau itu kerana inilah hartanya.

Tidak Merungut terhadap Tuhan
Sebagai jawapan terhadap doanya, Alex telah menerima dana yang tidak dijangka daripada insurans untuk membayar rawatan pergigiannya. Namun sekarang, rawatan susulan masih diperlukan. Di manakah saya akan mendapatkan wang untuk itu? Alex merungut. Fikirannya berserabut memikirkan tentang perbelanjaan tinggi yang perlu ditanggungnya.

Semuanya telah Diampunkan
Dalam salah satu cerpennya, Ernest Hemingway menceritakan kisah tentang seorang bapa berbangsa Sepanyol yang rindu untuk bertemu semula dengan anak lelakinya yang sudah lama renggang dengannya. Maka dia meletakkan iklan dalam sebuah akhbar tempatan yang bertulis: Paco, jumpalah ayah di Hotel Montana pada tengah hari Selasa. Semuanya Diampunkan. Apabila si bapa telah tiba, dia mendapati orang ramai sedang menunggu. Lapan ratus orang yang bernama Paco telah menjawab iklannya, rindu untuk diampuni oleh bapa mereka.