Di Singapura, kerajaan menggalakkan orang ramai menyokong badan amal melalui program yang dipanggil geran padanan pemerintah. Kerajaan akan ‘‘tambah nilai’ bagi badan amal tertentu dengan menyumbang jumlah yang sama atau lebih. Dengan keberkesanan dalam menggandakan sumbangan, usaha ini diharapkan dapat menggalakkan orang ramai untuk lebih terlibat dalam kegiatan amal.

Pendekatan dua hala ini mengingatkan saya tentang bagaimana orang percaya dipanggil untuk hidup menurut standard kekudusan Tuhan dalam perjalanan pemuridan kita. Dalam suratnya kepada orang Filipi, Paulus menggesa mereka “terus berusaha untuk menyempurnakan kesejahteraan [mereka]” (2:12) dan “berlari terus” (3:12, 14 TMV). Pada masa yang sama, dia menekankan bahawa “Kerana Allah yang bekerja dalam dirimu, menyebabkan kamu berkehendak dan menjalankan kerja untuk keredaan-Nya” (2:13).

Orang yang percaya kepada Yesus tidak diperdamaikan dengan Tuhan melalui amalan baik atau prestasi. Namun, terdapat konsep persekutuan dalam pertumbuhan rohani kita. Ia melibatkan hati dan usaha kita, tetapi kita tidak melakukannya dengan kekuatan sendiri. Kita telah diselamatkan oleh rahmat-Nya, dan Dia memanggil kita menjadi kudus—diasingkan untuk-Nya—dan kita patut memberi respons dengan ketulusan serta penghargaan. Apabila kita berusaha untuk mentaati dan menyenangkan hati Tuhan, Dia yang memampukan dan menolong kita. Tuhan akan menunjukkan kesalahan kita (Filipi 3:15), “Dia tidak akan membiarkan kamu dicubai melebihi kekuatanmu (1 Korintus 10:13), serta menguatkan kita untuk melakukan perbuatan baik di mata-Nya (Efesus 2:10).