
Irama Sukacita
Satu kajian saintifik—yang bertujuan meninjau sejauh mana kepekaan seseorang terhadap muzik bersifat budaya dan sejauh mana ia bersifat naluri—memainkan rentak gendang untuk bayi yang baru lahir sambil memantau aktiviti gelombang otak mereka. Sesekali, para penyelidik akan melangkau satu rentak daripada irama. Yang mengagumkan, mereka mendapati gelombang otak bayi melonjak dengan mendadak ketika not itu sengaja ditinggalkan—menunjukkan minda muda mereka sudah menjangka rentak itu dan bertindak balas terhadap ketiadaannya.
Berjalan Seperti Yesus
Ben telah membeli perisian komputer cetak rompak selama bertahun-tahun hanya kerana ia lebih murah. Walaupun perbuatannya itu menyalahi undang-undang dan melanggar peraturan hak cipta, dia tidak merasakan ia salah dari segi moral. Lagipun, semua orang pun berbuat demikian, dan kenapa dia harus membeli perisian asli yang mahal? Siapakah yang akan menyiasat perbuatannya?
Hulurkan penghiburan
Setelah penantian selama lima puluh lima tahun, pasukan bola sepak England akhirnya berjaya mara ke pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Eropah. Perlawanan dengan Itali berakhir seri, dan penentuan dibuat melalui sepakan penalti. Harapan terakhir England terletak pada seorang pemain muda, Bukayo Saka. Namun, tendangan penalti Saka berjaya ditepis oleh penjaga gol Itali. Peminat England menangis; mereka terlepas peluang untuk meraih kejuaraan.
Tuhan Penyelamat
Ketika Vic dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, dia berkongsi dengan rakan-rakannya tentang kerinduannya. Apabila mereka berkata bahawa Yesus dapat mengisi kekosongan dalam hidupnya, dia mengejek penyataan itu. Bagi Vic, Yesus—yang telah mati tetapi masih hidup—tidak masuk akal. Namun, walaupun ragu-ragu, beberapa lama kemudian dia mula mendengar siaran radio Kristian dan membaca Alkitab. Akhirnya, dia meminta Tuhan menyatakan diri-Nya kepadanya.