Pang! Tiba-tiba bunyi hentakan kuat terdengar dari sebuah tingkap di sebuah bilik darjah yang saya mengajar, dan ia mengejutkan para pelajar. Kemudian terdengar lagi pang! Seekor burung telah terbang terus ke arah kaca dan terpelanting, lalu cuba terbang semula tetapi terlanggar sekali lagi. Kemudian, saya membaca bahawa lebih daripada satu bilion ekor burung mati setiap tahun di Amerika Syarikat akibat melanggar tingkap. Perlanggaran ini berlaku apabila burung menangkap pantulan tumbuh-tumbuhan pada kaca dan mengejarnya, menyangka itu makanan atau tempat bersarang. Kadangkala burung tersebut juga melihat pantulan sendiri dan menyangka ada burung lain yang perlu dihalau. Burung itu yakin melihat dengan jelas, tetapi sebenarnya keliru.

Bahaya bagi kita jika kita beranggapan bahawa kita sentiasa tahu apa yang benar dan faham sepenuhnya tentang hidup kita sendiri. Namun, kita sebenarnya menderita akibat kekeliruan yang merbahaya dan sering membuktikan bahawa bahkan kebijaksanaan terbaik kita—jika kita hanya bergantung pada diri sendiri—akhirnya boleh membawa kesengsaraan. Amsal 16:25 mengatakan, “Ada jalan yang dianggap orang sebagai lurus, tetapi akhirnya menuju maut. Kita sering menyangka bahawa kita tahu apa yang benar, tetapi terlalu kerap kita sebenarnya keliru. Bahkan pandangan yang tajam pun penuh dengan salah tanggapan. Bahkan penglihatan kita yang paling jelas masih kabur, tidak sempurna, dan sering membawa kebinasaan.

Itulah sebabnya kita memerlukan hikmat daripada Tuhan (ayat 20-21). Kita memerlukan Tuhan untuk menerangi kebenaran dan membimbing kita kepada apa yang sebenar. Kita memerlukan Dia untuk memimpin kita keluar daripada kekeliruan yang membawa maut, dan membawa seluruh roh, jiwa dan tubuh kita mengalami hidup sejati yang diberikan Tuhan.