
Isi Hati yang Sebenar
Dalam satu lawatan mengajar ke Moscow, saya mengambil keputusan untuk menaiki kereta api bawah tanah untuk makan tengah hari. Ketika berdiri di dalam gerabak, saya mula bersiul hanya kerana saya berasa gembira selepas sesi mengajar pada pagi itu yang menyeronokkan dan hari itu juga indah. Para penumpang memandang saya seolah-olah saya tidak waras. Apabila saya kembali ke sekolah, saya memberitahu seorang kakitangan pejabat bahawa para penumpang di keretapi itu kelihatan begitu murung dan tertekan sehingga mereka memandang pelik ketika saya bersiul. Dia dengan sopan memberitahu saya, “Ya, hidup mereka memang sukar, tetapi bukan itu sebabnya mereka memandang. Mereka memandang kerana bersiul di tempat awam dianggap tidak sopan di sini.”

Anak-anak Tuhan
Salah sebuah buku kegemaran saya tentang ilusi optik sentiasa mengagumkan saya kerana gambar-gambarnya menipu mata saya—seperti sebuah gambar dengan dua garis yang sama panjang tetapi nampak berbeza saiz, atau “tangga mustahil” yang terkenal, bahawa empat set tangga seolah-olah bersambung dalam satu lingkaran tanpa henti. Kadang-kadang juga agak mengejutkan apabila kita menyedari bahawa kita tidak selalu melihat sesuatu sebagaimana keadaannya yang sebenar.

Rancangan Penyelamatan Tuhan
Apabila seorang bapa mengetahui bahawa anak perempuannya yang berumur lima tahun telah terjatuh ke laut dari dek keempat sebuah kapal persiaran, dia terus terjun ke dalam laut sedalam kira-kira 12 meter untuk menyelamatkannya. Dia memegang anaknya sambil terapung di air selama lebih daripada sepuluh minit sebelum pasukan penyelamat kapal membawa mereka kembali ke atas dengan selamat. Sebaik sahaja bapa itu mendengar anaknya dalam bahaya, dia sanggup mempertaruhkan segalanya untuk menyelamatkannya.
Carilah Kerajaan Tuhan
Cucu lelaki saya yang masih kecil bermalam di rumah baharu kami, dan dia tidur di atas katil yang belum biasa baginya. Dia ketawa kecil dengan gembira ketika kami membaca buku di bawah khemah dinosaur yang saya pasang di atas selimutnya yang empuk. Tetapi apabila tiba masa untuk tidur, matanya terbeliak kerana khuatir. Lalu dia bertanya, “Macam mana saya nak cari nenek kalau saya perlukan nenek?” Saya mendapat satu idea, lalu mengambil segulung reben daripada satu kotak simpanan pembalut hadiah di dalam almari. Kami sama-sama membuka gulungan reben itu dari katilnya, ke lantai, menyusuri lorong, hingga ke bilik saya. “Jangan risau ya,” kata saya. “Kalau kamu perlukan nenek waktu malam, ikut saja reben ini, dan kamu akan jumpa nenek!” Dia pun tersenyum gembira.

