Month: September 2026

Indahnya Persekutuan

Rachel telah berpindah dari satu gereja ke gereja lain selama tiga tahun sebelum menemui satu kumpulan pembelajaran Alkitab yang memberikan apa yang tidak ditemuinya di gereja tradisional, iaitu persekutuan. Rachel ialah seorang yang tuli. Di seluruh dunia, ramai orang tuli menghadapi cabaran yang serupa dalam ibadah kerana kekurangan akses atau komunikasi yang sesuai. Namun gereja yang dihadiri Rachel itu membantu mengekalkan persekutuan dengan menonton ibadah gereja untuk golongan pekak dan bisu di YouTube, membincangkan pengajaran yang ditonton antara sesama, dan kemudian makan bersama. Kumpulan kecil ini memberi rasa keluarga gereja yang dipimpin oleh Roh Kudus, yang sangat dirindukan oleh Rachel.

Perjalanan Pulang: Pengajaran daripada The Odyssey, Karya Christopher Nolan

Baca: Mazmur 17:15
Tetapi dalam perbenaran aku akan melihat wajah-Mu; aku akan bahagia sepenuhnya apabila terjaga di hadirat-Mu.

*Artikel ini mengandungi spoiler bagi pembaca yang belum menonton filem The Odyssey.

Sebagai seorang pereka grafik, saya suka kisah yang bukan sekadar menghiburkan, tetapi juga membuat kita berfikir tentang kehidupan. Sebab itulah saya menggemari karya-karya Christopher Nolan. Filem terbaharunya, The Odyssey, menampilkan…

Kasih Sayang dan Perhatian Tuhan

Pada Hari Buruh, isteri saya, Sue, dan saya baru sahaja selesai berjalan sejauh 8 km merentasi Jambatan Mackinac, yang menghubungkan dua buah semenanjung Michigan. Acara tahunan di Amerika Syarikat ini merupakan tradisi di negeri kami sejak tahun 1958. Kami duduk sebentar di bangku taman untuk berehat. Seorang lelaki duduk di sebelah kami untuk menenangkan nafasnya juga. Tidak lama kemudian, isterinya dan anak perempuan dewasa mereka menyertai kami. Kami mendapat tahu bahawa keluarga ini—yang juga percaya kepada Yesus—pernah mengalami kehilangan seorang anak perempuan remaja, seperti yang kami alami bertahun-tahun dahulu.

Mempertahankan Iman Kita

Seorang lelaki berumur 27 tahun yang belajar di Jepun harus diselamatkan dari Gunung Fuji sebanyak dua kali dalam masa satu minggu! Kali pertama, setelah dia diselamatkan menggunakan helikopter kerana keadaan di gunung itu berbahaya, dia sedar bahawa telefon dan barang-barangnya tertinggal di sana. Empat hari kemudian, walaupun telah diberi amaran, dia tetap kembali ke gunung itu untuk mengambil barangnya. Namun, kali yang kedua ini dia terpaksa diselamatkan lagi kerana dia menghidapi penyakit altitud tinggi. Kisahnya menjadi tumpuan media kerana kejadian itu bukan sahaja jarang berlaku, tetapi juga kerana dia sengaja kembali ke tempat yang berbahaya walaupun sudah mengetahui risikonya.

Apabila Tuhan Membuka Mata Kita

Satu legenda di Perancis pada abad ke-13 menceritakan tentang seorang kesatria yang meninggalkan bayi lelakinya di rumah di bawah jagaan seekor anjing pemburunya yang bernama Guinefort.. Apabila kesatria itu pulang, dia mendapati rumahnya bersepah. Buaian terbalik, bayinya hilang, dan mulut anjing tersebut berlumuran darah. Oleh sebab menganggap anjing itu telah mencederakan anaknya, dia terus membunuh haiwan tersebut. Namun tidak lama selepas itu, dia menemui bangkai seekor ular besar yang penuh dengan kesan gigitan anjing, manakala bayinya terselamat tanpa sebarang kecederaan di bawah katil buaian. Rupa-rupanya, Guinefort telah melawan ular itu untuk menyelamatkan bayinya itu. Sifat keberanian dan nasib malang Guinefort yang tidak bersalah amat menyentuh hari orang ramai, sehingga mereka tersilap langkah dengan memuja Guinefort sebagai seorang “santo” (tokoh suci).