
Hidup yang Berdisiplin
Pelakon Hollywood, Tom Cruise telah membina kerjaya filemnya dengan senyuman yang memikat ... dan aksi lagak ngeri yang luar biasa. Salah satu aksi ikonik dalam siri filem, Mission: Impossible menampilkan Cruise menunggang motosikal dari tebing gunung dan terjun dengan payung terjun untuk menyelamatkan diri.

Masa dan Pergelutan
Josephine Cochrane (1839-1913) sudah jemu pinggannya rosak akibat dicuci dengan tangan, lalu dia memutuskan untuk mencipta mesin basuh pinggan. Tidak lama selepas dia memulakan reka bentuk ciptaannya, suaminya meninggal dunia, dan meninggalkannya dengan beban hutang. Keadaan itu membuatkan dia lebih berazam untuk berjaya. Pada tahun 1886, dengan bantuan seorang mekanik, dia berjaya membina dan memperoleh paten mesin basuh pinggan manual pertama yang berjaya secara komersial. Pada mulanya, mesin itu tidak mendapat sambutan, tetapi hotel dan restoran mula membelinya. Hanya pada tahun 1950-an, barulah mesin basuh pinggan menjadi popular di rumah-rumah.

Kaya dengan Amal Kebajikan
Ross-on-Wye ialah sebuah bandar yang berpemandangan indah di Herefordshire, England. Bandar ini terkenal dengan menara gerejanya yang tinggi dan runcing, bangunan pasar yang bersejarah, serta taman di atas bukit memberikan pemandangan yang menakjubkan ke arah Sungai Wye yang berdekatan. Ketika bersiar-siar di jalan-jalan bandar itu, satu nama sering kelihatan: John Kyrle.

Apa yang Dituntut oleh Tuhan
Anda mungkin pernah melihat papan tanda seperti ini: Tiada Baju. Tiada Kasut. Tiada Layanan. Dengan kata lain: Baju dan Kasut Diwajibkan. Papan tanda seperti ini menjadi semakin biasa di negara-negara Barat sebagai reaksi terhadap gerakan kontra budaya pada tahun 1960-an. Pemilik perniagaan mahu menghalang golongan “hippie” yang berambut panjang dan sering berkaki ayam daripada memasuki premis mereka. Mereka (biasanya) sanggup melayani sesiapa sahaja, tetapi ada dua syarat yang ditetapkan: wajib memakai baju dan kasut.
