Penulis

Lihat semua

Artikel oleh Peterson Amy

Tertulis dalam Hati

Sebagai seorang profesor, saya selalu diminta oleh pelajar-pelajar untuk menulis surat perakuan untuk mereka—bagi jawatan kepemimpinan, program belajar di luar negara, sekolah siswazah, bahkan permohonan pekerjaan. Dalam setiap surat, saya berpeluang untuk memuji sikap serta kelayakan setiap pelajar.

Tuhan Bercakap

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Kumpulan Barna pada tahun 2018, mereka mendapati bahawa kebanyakan orang Amerika tidak suka bercakap tentang Tuhan. Hanya 7 peratus orang Amerika yang mengatakan bahawa mereka sering bercakap tentang perkara-perkara rohani—dan begitu juga dengan mereka yang percaya kepada Yesus di Amerika. Hanya 13 peratus daripada orang yang kerap menghadiri gereja mengatakan bahawa mereka berbual-bual tentang hal-hal rohani sekali seminggu.

Pesta Kasih

Dalam filem Denmark Babette’s Feast (Pesta Babette), seorang pelarian Perancis muncul di sebuah kampung di tepi pantai. Dua saudari tua, iaitu pemimpin agama dalam masyarakat itu menerima dia ke dalam keluarga, dan selama 14 tahun Babette bekerja sebagai pengurus rumah mereka. Setelah Babette memperoleh sejumlah wang yang banyak, dia mengundang 12 orang dari gereja bersama-sama menikmati makanan Perancis yang mewah seperti kaviar, puyuh dalam pastri lapis, dan banyak lagi.

Penyembuhan yang Tersedia

Semasa mengikut pemandu taman itu, saya mengambil nota sementara dia mengajar tentang tumbuhan di hutan asal Bahamas. Dia memberitahu kami tentang pokok-pokok yang harus kami elakkan. Menurutnya, pokok yang beracun mengeluarkan getah berwarna hitam yang akan menyebabkan ruam yang sakit dan gatal. Tetapi jangan risau! Penawarnya selalu boleh didapati tumbuh di sebelah pokok tersebut. “Potong bahagian kulit berwarna merah pada pokok gam elemi itu, dan sapukan getahnya pada bahagian ruam. Anda pasti akan sembuh dengan segera,” katanya.

Diciptakan untuk Berhubung

Terdapat industri “sewa-sebuah-keluarga” yang semakin meningkat di kebanyakan negara untuk memenuhi keperluan mereka yang kesunyian. Sesetengah orang menggunakan perkhidmatan ini untuk mengekalkan penampilan mereka, supaya ketika menghadiri sebuah majlis sosial, mereka kelihatan seperti keluarga yang bahagia. Sesetengah pula mengupah pelakon untuk mengajuk saudara-mara yang berhubungan renggang, agar mereka dapat merasakan hubungan kekeluargaan yang diinginkan mereka biarpun untuk seketika.

Belajar Dengan Bertindak

Anak saya Owen yang berumur 6 tahun, sangat gembira apabila menerima sebuah permainan berpapan yang baru. Tetapi setelah setengah jam membaca peraturannya, dia berasa kecewa. Dia tidak dapat memahami peraturan permainan itu. Hanya setelah beberapa waktu, apabila seorang kawan yang sudah tahu permainan tersebut datang, barulah Owen dapat menikmati hadiahnya.

Tuhan Bergembira

Nenek saya baru-baru ini menghantar saya sebuah fail penuh dengan gambar-gambar lama, dan ketika saya menyelak-nyelak gambar-gambar tersebut, sekeping gambar menarik perhatian saya. Dalam gambar ini, saya berumur dua tahu, dan duduk di satu hujung tempat perapian. Di hujung yang satu lagi, ayah saya meletakkan lengannya di sekeliling bahu ibu. Kedua-duanya merenung saya dengan ungkapan kasih sayang dan kegembiraan.

Saling Memerlukan

Ketika saya dan anak-anak bersiar-siar di hutan, kami menemukan serumpun tumbuhan hijau yang lembut dan menganjal, tumbuh dalam kelompok kecil di denai jalan. Menurut sebuah tiang tanda, tumbuhan itu disebut “lumut rusa” (deer moss), tetapi sebenarnya ia bukanlah lumut. Ia adalah liken. Liken adalah fungus dan alga yang sama-sama tumbuh dan memberi manfaat antara satu sama lain. Sama ada fungus atau alga, kedua-duanya tidak dapat hidup secara sendirian, melainkan bersama-sama membentuk tumbuhan lasak yang boleh hidup di kawasan Alp tertentu sehingga 4,500 tahun lamanya. Oleh sebab tumbuhan tersebut boleh bertahan terhadap kemarau dan suhu yang rendah, maka ia satu-satunya sumber makanan bagi karibu (rusa kutub) sewaktu musim yang sangat sejuk.

Berjaga-jaga!

Saya membesar di kota selatan Amerika yang bercuaca panas. Justeru itu, apabila saya berpindah ke bahagian utara, saya mengambil masa untuk belajar memandu dengan selamat pada cuaca bersalji. Semasa kali pertama pada musim sejuk yang teruk, saya terkandas dalam perjalanan yang diliputi salji tebal sebanyak tiga kali! Tetapi selepas membiasakan diri selama beberapa tahun, saya mula berasa selesa untuk memandu dalam keadaan bersalji. Hal itu membuatkan saya menjadi leka dan berhenti berjaga-jaga, sehingga pada suatu hari saya telah terlanggar tompok ais hitam dan tergelincir lalu melanggar tiang telefon di tepi jalan!