Perubahan Sebenar
Claud dibesarkan dalam sebuah keluarga yang bermasalah di London Selatan. Dia mula menjual ganja pada usia 15 tahun dan heroin ketika berumur 25 tahun. Untuk menyamarkan aktiviti jenayahnya, dia menjadi mentor kepada orang-orang muda. Tidak lama setelah itu, kesaksian hidup seorang pengurusnya yang beriman kepada Yesus telah menarik perhatiannya dan membangkitkan rasa ingin tahunya. Selepas menghadiri kursus untuk mengetahui lebih lanjut tentang iman Kristian, dia “mencabar “ Kristus masuk ke dalam hidupnya. “Saya berasa sangat dialu-alukan dan diterima,” katanya. “Orang melihat perubahan hidup saya dengan serta merta. Saya adalah pengedar dadah yang paling gembira di dunia!” Tuhan terus bekerja dalam hidupnya. Ketika Claud menimbang satu beg kokain pada keesokan harinya, dia berfikir, Ini perbuatan gila. Aku sedang meracuni orang! Dia menyedari bahawa dia mesti berhenti menjual dadah dan mencari pekerjaan lain. Dengan pertolongan Roh Kudus, dia bertaubat dan tidak melakukannya lagi. Perubahan seperti inilah yang dimaksudkan oleh rasul Paulus ketika dia menulis surat kepada jemaah di Efesus. Dia berseru kepada mereka supaya tidak hidup terpisah daripada Tuhan, dia menggesa mereka, “buanglah cara hidup yang lama, yang menyebabkan kamu berkelakuan seperti dahulu” dan sebaliknya “hendaklah kamu hidup seperti manusia baru, yang diciptakan menurut rupa Allah … kamu mengamalkan hidup yang menyenangkan hati Allah dan yang suci” (Efesus 4:22,24). Bentuk kata kerja yang digunakan oleh Paulus menunjukkan bahawa kita perlu sentiasa hidup seperti manusia baharu. Seperti yang berlaku dalam hidup Claud, Roh Kudus gembira untuk menolong kita hidup sesuai dengan diri kita yang baharu dan menjadi lebih menyerupai Yesus.
Tinggal dalam Kristus
Seorang pengkhutbah Inggeris yang bernama F. B. Meyer (1847 –1929), menggunakan sebiji telur sebagai contoh untuk menggambarkan apa yang disebutnya “falsafah yang mendalam tentang tinggal dalam Kristus.” Dia mengatakan bahawa kuning telur yang disenyawakan adalah “kuman hidup” kecil yang membesar setiap hari sehingga anak ayam terbentuk di dalam cangkerang. Demikian juga Yesus akan datang dan tinggal dengan kita melalui Roh Kudus-Nya yang mengubah hidup kita. Meyer berkata, “Mulai sekarang Kristus akan terus bertumbuh, bertambah dan menyerap segala sesuatu ke dalam diri-Nya, serta membentuk diri-Nya dalam kamu.”
Kuasa Sebuah Nama
Ranjit yang berusaha untuk mengesahkan nilai hidup beberapa orang kanak-kanak yang tinggal di jalanan di Mumbai, India, telah menggubah sebuah lagu dengan menggunakan nama kanak-kanak tersebut. Dengan menghasilkan melodi-melodi yang unik untuk setiap nama, Ranjit mengajar mereka lagu tersebut dengan berharap bahawa kanak-kanak tersebut dapat memperoleh memori-memori yang positif berkaitan dengan nama mereka. Bagi kanak-kanak yang jarang mendengar nama mereka disebut dengan penuh kasih, Ranjit telah memberi mereka hadiah penghormatan.
Rasa Kepunyaan
Di penghujung salah satu hidangan yang menandakan hari Perayaan Paska, iaitu sebuah perayaan tradisional orang Yahudi untuk merayakan dan mengingati kehebatan Tuhan sebagai penyelamat kita, ahli-ahli gereja mempamerkan kegembiraan mereka dengan menari dalam satu bulatan. Barry memerhatikan mereka dari belakang dengan senyuman yang lebar. Barry mengatakan dia amat suka akan perayaan-perayaan sebegini, “Di sinilah keluarga aku sekarang. Di sinilah komuniti aku. Aku telah menemui sesuatu yang boleh mengasihi dan dikasihi ... Di sinilah aku rasa kepunyaan.”
Rahmat dalam Pencubaan
Annie Johnson Flint menjadi lumpuh disebabkan penyakit artritis yang teruk hanya beberapa tahun selepas dia menghadiri sekolah menengah. Dia tidak dapat berjalan dan harus bergantung kepada orang lain untuk menjaga keperluannya. Disebabkan puisi dan lagu rohani gubahannya, dia menerima banyak pelawat, termasuk seorang penolong jemaah wanita yang berasa kecewa tentang pelayanannya sendiri. Apabila dia pulang ke rumah, dia menulis kepada Annie, mempersoalkan mengapa Tuhan membenarkan kesukaran sedemikian menimpa hidupnya.
Hikmat dan Pengertian
Pada tahun 1373, apabila Julian dari Norwich berusia 30 tahun, dia jatuh sakit dan hampir meninggal. Apabila pastornya mendoakan dia, dia mengalami sejumlah penglihatan yang dianggapnya sebagai penyaliban Yesus. Setelah mengalami kesembuhan yang ajaib, dia menghabiskan 20 tahun berikutnya tinggal sendirian di sebuah bilik samping gereja, berdoa dan merenungkan pengalaman itu. Dia menyimpulkan bahawa “pengalamannya adalah mengenai kasih”; maksudnya, pengorbanan Kristus merupakan pernyataan kasih Tuhan yang tertinggi.
Pemberian yang Murah Hati
Jeneral Charles Gordon (1833–1885) berkhidmat untuk Ratu Victoria di negara China dan tempat lain. Namun ketika dia tinggal di England, dia mendermakan 90 peratus daripada pendapatannya. Ketika dia mendengar tentang kebuluran di Lancashire, dia menggores untuk memadamkan tulisan penghargaan pada pingat emas tulen yang telah diterimanya daripada seorang pemimpin dunia dan mengirimkannya ke kawasan utara, dan memberi pesan mereka untuk mencairkan pingat emas dan menggunakan wang itu untuk membeli roti bagi orang miskin. Pada hari itu dia menulis dalam diarinya: “Aku telah menyerahkan benda duniawi terakhir yang aku miliki dan hargai di dunia ini kepada Tuhan Yesus.”
Kurnia Pertaubatan
“Tidak! Bukan aku yang buat!” nafi anak remaja Jane. Jane sangat kecewa dan sedih kerana dia tahu anaknya berbohong.. Dia membisikkan doa memohon pertolongan Tuhan sebelum bertanya kepada Simon sekali lagi tentang apa yang telah berlaku. Simon masih tidak mengaku bahawa dia berbohong, sehingga Jane menyerah dengan perasaan geram. Jane berkata dia memerlukan masa untuk menenangkan dirinya dan mula beredar. Masa itulah dia terasa bahunya disentuh dan mendengar anak remajanya meminta maaf. Simon memberi respons kepada teguran Roh Kudus, dan dia bertaubat.
Datanglah dan Menyembah Tuhan
Ketika jemaah menyanyikan lagu-lagu pujian bersama-sama sempena kebaktian pujian dan penyembahan yang dihadiri oleh pelbagai generasi, ramai orang mengalami sukacita dan damai. Tetapi ini bukan halnya bagi seorang ibu yang kelelahan. Sambil menggoyang-goyang bayinya yang hampir menangis, dia memegang buku lagu untuk anaknya yang berusia 5 tahun dan berusaha untuk menghalang anak kecilnya yang baru tahu berjalan daripada melarikan diri. Kemudian seorang lelaki tua yang duduk di belakangnya menawarkan diri untuk membawa anaknya berjalan-jalan di sekitar gereja. Seorang wanita muda juga membantu dia memegang buku lagu untuk anak sulungnya. Dalam masa 2 minit, perasaan ibu itu berubah. Kini dia dapat menghembus nafas, memejamkan matanya, dan menyembah Tuhan.