Penulis

Lihat semua
Dave Branon

Dave Branon

Jika anda telah membaca artikel-artikel yang ditulis oleh Dave Branon, anda akan mengenal keluarganya dan pengajaran yang dipelajari oleh seorang bapa (dan kini seorang datuk). Selepas melayani selama 18 tahun sebagai editor urusan bagi majalah Sports Spectrum, kini Dave ialah editor bagi Discovery House Publishers. Sebagai seorang penulis bebas untuk bertahun-tahun, dia telah menulis 15 buah buku. Dave dan isterinya, Sue suka bermain kasut lereng (roller blade) dan meluangkan masa untuk bersama anak-anak dan cucu-cucu mereka. Dave juga suka menikmati masa pergi ke luar negara dengan para pelajar untuk perjalanan misi.

Artikel oleh Dave Branon

Lelaki yang Bisu

Seorang lelaki yang duduk di atas kerusi roda di pusat jagaan warga tua di Belize, dia berasa begitu gembira apabila mendengar sekumpulan remaja dari sekolah menengah Amerika Syarikat menyanyikan lagu tentang Yesus. Selepas itu, beberapa remaja cuba berkomunikasi dengan dia, tetapi mereka mendapati bahawa dia pernah diserang strok dan kini tidak boleh bercakap. Strok telah merampas kebolehannya untuk berkomunikasi. 

Mencari Tuhan

Ketika melihat orang ramai mengejar impian mereka dengan bersemangat dan berdedikasi, ini adalah sesuatu yang membawa inspirasi. Seorang wanita muda yang saya kenal baru-baru ini telah mendapat siswazah dalam masa cuma tiga tahun—tugasan yang memerlukan komitmen penuh. Seorang kawan mahu membeli sebuah kereta tertentu, jadi dia bekerja keras untuk membuat dan menjual kek sehingga dia mencapai matlamatnya. Seorang lagi kawan dalam bidang jualan berusaha untuk bertemu dengan 100 orang baru setiap minggu. 

Suatu Matlamat dan Tujuan

Pada tahun 2018, atlet tahan lasak, Colin O’Brady melakukan pengembaraan yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Dengan menarik kereta luncur yang dimuatkan barang bekalan di belakang, O’Brady mengembara seorang diri untuk merentasi Antartika—sejauh 1,500 km selama 54 hari. Ini adalah perjalanan penting yang memerlukan dedikasi dan keberanian.

Tidak Dapat Dibayangkan

Penulis lagu Bart Millard menulis sebuah lagu yang menjadi popular pada tahun 2001 yang bertajuk “I Can Only Imagine” (Aku Hanya Dapat Membayangkan). Lagu itu menggambarkan betapa hebatnya berada di hadirat Kristus. Lirik lagu itu menghibur hati keluarga kami, kerana pada tahun berikutnya ketika anak perempuan kami, Melissa, yang berumur 17 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta dan kami membayangkan bagaimana rasanya dia berada di hadirat Tuhan.

Menyinarkan Cahaya

Stephen memberitahu ibu bapanya bahawa dia perlu pergi awal ke sekolah setiap hari, tetapi atas sebab tertentu dia tidak memberitahu mereka sebabnya perkara itu sangat penting. Tetapi mereka memastikan dia tiba di Sekolah Menengah Northview pada jam 7:15 setiap pagi.

Sampul Surat yang Hilang

Saya menemukan sehelai sampul surat ketika dalam perjalanan pulang dari lawatan bersama keluarga di negeri lain. Pada masa itu, saya sedang mengisi minyak dan ternampak sampul surat yang comot, besar dan tebal itu. Saya mengambilnya lalu melihat di dalamnya. Saya tidak menyangka bahawa sampul tersebut mengandungi RM100.

Sangat Mengagumkan!

Ini merupakan acara lari merentas desa yang pertama kali bagi seorang pelajar perempuan tingkatan satu tetapi dia enggan berlari. Walaupun dia telah bersiap untuk acara itu, tetapi dia bimbang bahawa dia tidak melakukannya dengan baik. Namun dia tetap memulakan perlumbaan itu dengan orang lain. Kemudian, seorang demi seorang, para pelari menamatkan larian sejauh 3 kilometer dan melepasi garisan penamat—semua orang kecuali pelari yang enggan itu. Akhirnya, ibu pelajar itu yang memerhatikannya ketinggalan seorang diri dari jauh pun pergi ke garisan penamat untuk menghiburkannya. Sebaliknya, apabila pelari muda itu melihat ibunya, dia berkata, “Sangat mengagumkan!”

Menangkap Rubah

Pada kali pertama kelawar memasuki rumah kami, kami mengusirnya secara kebetulan. Tetapi selepas kejadian itu berulang pada malam kedua, saya membaca tentang makhluk kecil itu dan mendapati bahawa makhluk tersebut tidak memerlukan ruang yang besar untuk masuk ke dalam rumah. Sebenarnya, dengan ruang celah sekecil duit syiling pun, makhluk itu boleh masuk melaluinya.

Lebih Baik daripada Sebelumnya

Katedral Notre Dame di Paris merupakan bangunan yang menakjubkan. Seni binanya adalah mempesonakan, dengan tingkap kaca berwarna dan ciri-ciri dalaman yang indah serta mengagumkan. Tetapi setelah berabad-abad menjulang di landskap Paris, akhirnya ia runtuh. Kini tiba masanya struktur indah yang telah dimakan masa dan pencemaran ini dibaiki semula.