Penulis

Lihat semua
David C. McCasland

David C. McCasland

David McCasland mula menulis bagi Our Daily Bread pada tahun 1995. Dia juga bekerjasama dengan televisyen Day of Discovery untuk menghasilkan video yang menceritakan kisah-kisah orang Kristian yang memberikan inspirasi. Buku-bukunya, Oswald Chambers: Abandoned to God dan Eric Liddell: Pure Gold diterbitkan oleh Discovery House Publishers. David dan isterinya, Luann tinggal di Colorado Springs, Colorado. Mereka mempunyai empat orang anak perempuan dan enam orang anak cucu.

Artikel oleh David C. McCasland

Mengejar Perpaduan

Ketika saya membesar pada tahun 1950-an, saya tidak pernah mempersoalkan perkauman dan amalan pemisahan kaum yang meresap kehidupan seharian di bandar yang kami tinggal. Di sekolah, restoran, pengangkutan awam dan kawasan kejiranan, orang dengan warna kulit yang berbeza diasingkan.

Satu Nama

Cleopatra, Galileo, Shakespeare, Elvis, Pelé. Mereka merupakan orang yang terkenal dan dikenali ramai dengan hanya menyebutkan nama mereka. Mereka tetap terkenal dalam sejarah kerana siapa mereka dan apa yang telah dilakukan. Tetapi ada satu nama yang jauh lebih tinggi melampaui segala nama lain!

Masa Penyiapan Kerja

Pada akhir tahun, tekanan daripada kerja-kerja yang tidak disiapkan boleh membebani kita. Tanggungjawab dan tugas di rumah seakan-akan tiada penghujungnya, dan tugas hari ini yang belum selesai harus diteruskan pada keesokan harinya. Tetapi ada masa-masa dalam perjalanan iman kita yang kita patut berhenti untuk sejenak, merayakan kesetiaan Tuhan dan tugas-tugas yang sudah diselesaikan.

Malam Sunyi bagi Jiwa

Lama sebelum Joseph Mohr dan Franz Gruber menggubah lagu popular “Malam Kudus,” Angelus Silesius telah menulis:

Bukan Sekadar Wira

Ketika peminat-peminat Star Wars dari seluruh dunia menanti-nantikan penayangan Episod 8, “The Last Jedi,” orang ramai terus menganalisis kejayaan filem ini yang luar biasa sejak tayangan pertama pada tahun 1977. Wartawan media bagi CNNMoney, iaitu Frank Pallotta berkata bahawa Star Wars berhubung kait dengan banyak orang yang merindukan “harapan dan kuasa baharu, pada ketika dunia memerlukan wira.”

Berita Baik!

Lihatlah, seorang utusan datang melalui gunung-gunung untuk menyampaikan berita baik. Dia datang untuk mengisytiharkan kemenangan! (Nahum 1:15)

Berita di dunia ini menghujani kita melalui Internet, televisyen, radio dan alat peranti mudah alih. Kebanyakan berita kelihatannya memaparkan masalah-masalah di dunia ini—isu jenayah, keganasan, peperangan dan kemelesetan ekonomi. Namun, berita baik juga menembusi waktu-waktu suram dalam berita-berita yang sedih dan mengecewakan—cerita-cerita mengenai tindakan…

Kuasa Empati

Apabila anda memakai Sut Usia Tua R70i (alat simulasi), dengan serta-merta anda akan berasa empat puluh tahun lebih tua kerana anda akan mengalami penglihatan yang kabur, kehilangan daya pendengaran, dan pergerakan mengurang. Sut Usia Tua ini direka untuk membantu pengasuh supaya mereka lebih memahami pesakit mereka. Wartawan Jurnal Wall Street, Geoffrey Fowler, pernah memakainya sekali dan menulis, “Pengalaman ini tidak dapat dilupakan, malah membawa kedukaan pada masa-masa tertentu, perasaan ini dirasai bukan hanya pada masa penuaan, tetapi peralatan realiti maya juga boleh mengajar kita memiliki sikap empati dan membentuk persepsi kita terhadap dunia di sekeliling kita.”

Benih Helikopter

Ketika anak-anak kami masih kecil, mereka suka cuba menangkap “benih helikopter” yang jatuh dari pokok-pokok silver maple jiran kami. Setiap benih menyerupai sayap. Pada akhir musim bunga, benih ini akan berputar turun ke tanah seperti bilah rotor sebuah helikopter. Tujuan benih itu bukan untuk terbang, tetapi jatuh ke bumi dan tumbuh menjadi pokok.

Berapa Banyak Lagi!

Pada bulan Oktober 1915, semasa Perang Dunia I, Oswald Chambers tiba di Zeitoun Camp, sebuah pusat latihan tentera berhampiran Kaherah, Mesir, untuk melayani sebagai pastor YMCA (Pertubuhan Belia Pemuda Kristian) kepada tentera British Komanwel. Apabila dia mengumumkan ibadat malam pertengahan minggu akan diadakan, 400 orang lelaki berasak-asak di pondok YMCA yang besar untuk mendengar khutbah Oswald yang bertajuk, “Apa yang baik tentang doa?” Kemudian, apabila dia bercakap secara individu dengan orang yang ingin mencari Tuhan di tengah-tengah peperangan, Oswald sering memetik Lukas 11:13, “Kamu yang berdosa pun tahu memberikan yang baik kepada anakmu. Lebih-lebih lagi Bapamu yang di syurga: Dia akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta daripada-Nya!”