Ketika anak-anak kami masih kecil, mereka suka cuba menangkap “benih helikopter” yang jatuh dari pokok-pokok silver maple jiran kami. Setiap benih menyerupai sayap. Pada akhir musim bunga, benih ini akan berputar turun ke tanah seperti bilah rotor sebuah helikopter. Tujuan benih itu bukan untuk terbang, tetapi jatuh ke bumi dan tumbuh menjadi pokok.

Sebelum Yesus disalibkan, Dia memberitahu para pengikut-Nya, “Sudah sampai masanya Anak Manusia dimuliakan. … jika benih gandum tidak jatuh di tanah lalu mati, benih gandum itu hanyalah benih. Tetapi sekiranya benih itu mati, benih itu akan banyak menghasilkan buah” (Yohanes 12:23-24).

Sementara murid-murid Yesus mahu Dia dihormati sebagai Mesias, Dia datang untuk memberikan nyawa-Nya supaya kita boleh diampuni dan diubah melalui kepercayaan kepada Yesus. Sebagai pengikut Yesus, kita mendengar kata-kata-Nya, “Orang yang sayangkan hidupnya akan kehilangan hidup itu. Tetapi orang yang tidak sayangkan hidupnya di dunia ini akan mendapat hidup yang kekal. Sesiapa yang ingin mengabdi kepada-Ku mesti mengikut-Ku, dan di mana Aku berada, di situlah juga abdi-Ku. Orang yang mengabdi kepada-Ku akan dihormati oleh Bapa” (ayat 25-26).

Benih helikopter boleh menunjukkan kita kepada mukjizat Yesus, yakni Penyelamat yang telah mati supaya kita boleh hidup untuk Dia.