Penulis

Lihat semua
David H. Roper

David H. Roper

David H. Roper pernah seorang pastor selama 30 tahun dan kini dia mengetuai pelayanan Idaho Mountain Ministries, retret yang membawa dorongan kepada para pastor dan pasangan mereka. Dia suka memancing ikan, mendaki gunung, dan duduk di tepi sungai bersama isterinya, Carolyn. Watak direka kegemarannya ialah Reepicheep, seekor tikus kecil tetapi memiliki keberanian yang besar dalam buku C. S. Lewis, Chronicles of Narnia.Watak Alkitab kegemarannya ialah Kaleb—orang salih yang tua dan tidak pernah bersara, malah terus berjuang bagi Tuhan.

Artikel oleh David H. Roper

Syabas!

Pasukan bola sepak Amerika yang dilatih oleh anak saya, Brian kalah dalam perlawanan akhir peringkat negeri yang sengit. Lawan mereka merupakan juara bertahan sejak 2 tahun yang lalu. Saya menghantar mesej kepada Brian untuk memberikannya penghiburan, tetapi saya menerima jawapan yang singkat dan manis: “Kanak-kanak dalam pasukan saya telah berjuang!”

Kehendak Tuhan

Kadangkala kehendak Tuhan sukar ditaati. Dia meminta kita mengambil tindakan yang betul. Dia memanggil kita menanggung kesusahan tanpa mengeluh; mengasihi orang yang sukar dikasihi; menuruti suara hati kita yang mengatakan, “Jangan lakukan ini”; melakukan sesuatu yang kita tidak suka. Oleh itu, kita harus memberitahu jiwa kita sepanjang hari: “Hai jiwaku, dengarkanlah. Diamkan diri: Lakukan apa yang dikehendaki Yesus.”

Bau Harum Kristus 

Saya mengenali seorang penternak yang tinggal berhampiran Lometa, Texas. Kedua-dua cucu lelakinya merupakan kawan baik saya. Kami selalu mengikutnya semasa dia pergi ke bandar untuk membeli barang dan berbual dengan kawan-kawannya. Dia tahu nama dan kisah hidup mereka. Dia akan singgah di beberapa tempat dan bertanya khabar tentang seorang anak kawan yang sakit atau seseorang yang mempunyai masalah perkahwinan, lalu memberi dorongan kepada mereka. Dia akan membacakan Alkitab dan berdoa untuk seseorang jika perlu. Saya tidak akan melupakan datuk ini. Dia seorang yang istimewa. Dia tidak memaksa sesiapa pun untuk menerima kepercayaannya, tetapi jelasnya dia telah meninggalkan kesaksian imannya kepada mereka.

Kristian Tulen

Beberapa tahun yang lalu, saya telah memohon satu jawatan di sebuah organisasi Kristian dan setelah itu, saya diberikan satu senarai peraturan legalistik yang berkaitan dengan penggunaan alkohol, tembakau dan beberapa jenis hiburan yang tertentu. “Kami harap kakitangan kami berkelakuan seperti seorang Kristian,” begitulah penjelasan mereka. Saya menyetujui senarai ini kerana saya sendiri tidak melakukan perkara-perkara tersebut, atas sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan iman saya sekalipun. Namun, beberapa soalan terlintas dalam minda saya. Mengapakah tidak menyediakan senarai yang mengingatkan kita supaya tidak menjadi sombong, mempedulikan perasaan orang, tidak kasar, mengutamakan hal-hal kerohanian, dan tidak sentiasa cari salah? Tidak ada satu pun sifat tersebut tersenarai.

Hasrat Hidup Anda 

Pada suatu petang beberapa tahun yang lalu, saya dan isteri berjalan menyusuri denai gunung dengan ditemani oleh 2 orang rakan. Laluan itu sempit dan di sekeliling gunung adalah lereng curam, manakala di seberangnya adalah tebing yang tidak dapat dilalui.

Disambut ke Rumah Bapa 

Anjing tua saya yang duduk di sebelah saya menengadah ke langit. Saya tidak tahu apa yang difikirkan oleh anjing itu. Satu hal yang saya pasti adalah anjing saya langsung tidak memikirkan kematian kerana anjing tidak “memahaminya”. Anjing tidak berfikir tentang hal-hal masa depan. Tetapi kita memikirkannya. Tidak kira usia, tahap kesihatan atau kekayaan kita, kita tetap memikirkan soal kematian. Menurut Mazmur 49:21, ini kerana kita memahami hal itu tetapi haiwan tidak. Kita tahu bahawa kita akan mati, dan tiada apa-apa yang mampu kita lakukan. “Tidak seorang pun dapat menebus dirinya; dia tidak dapat membayar harga tebusannya kepada Allah” (ayat 8). Sama ada lelaki atau perempuan, tiada seorang pun memiliki wang yang cukup untuk menebus dirinya keluar dari kubur. 

Pedulikan Urusan Diri

Beberapa tahun yang lalu, anak lelaki saya, Josh dan saya sedang berjalan di denai gunung ketika kami ternampak debu tanah yang berkepul-kepul naik di udara. Kami mendekati secara diam-diam dan mendapati seekor bejar yang sedang sibuk membuat habitat di dalam timbunan tanah. Dengan kepala dan bahu di dalam lubang, binatang ini menggali menggunakan kaki depannya dengan kuat dan menendang tanah dari lubang dengan kaki belakangnya. Bejar itu begitu fokus dengan kerjanya sehingga tidak mendengar kami.

Sesuatu yang Indah

Buku cerita The Wonderful Wizard of Oz (Penyihir Oz) mengisahkan watak-watak Dorothy, Orang-orang, Manusia Timah dan Singa Pengecut yang kembali ke Negara Oz dengan penyapu yang memberi kuasa kepada Penyihir Agung Oz dari Barat. Si Penyihir telah berjanji bahawa sebagai ganjaran untuk pemulangan penyapu itu, dia akan memberi 4 keinginan utama mereka: perjalanan pulang untuk Dorothy, otak untuk Orang-orang, hati untuk Manusia Timah dan keberanian untuk Singa Pengecut. Tetapi Penyihir Agung Oz dengan sengaja melengahkan waktu dan memberitahu mereka untuk kembali pada keesokan harinya.

Serahkan Hasilnya kepada Tuhan 

Beberapa tahun yang lalu, saya telah dijemput untuk berkongsi tentang Yesus di sebuah asrama lelaki universiti. Memandangkan mereka terkenal dengan sikap kasar, saya membawa seorang rakan sebagai sokongan saya. Dalam suasana riuh semasa makan malam meraikan kemenangan kejuaraan bola sepak, ketua rumah itu mengumumkan, “Ada 2 orang lelaki di sini ingin bercakap tentang Tuhan.”