Penulis

Lihat semua
John Blase

John Blase

John ialah pengkhutbah lebih daripada 10 tahun tetapi dia membuat keputusan untuk mula menulis dan menjual sajaknya. Pada waktu siang dia bekerja sebagai editor perkembangan bagi WaterBrook & Multnomah Publishers di Colorado Springs, Colorado. Walaupun dia tinggal di kawasan Barat, dia tetap orang yang berjiwa Selatan. Buku-buku yang ditulisnya termasuk: The Jubilee: Poems; Know When to Hold ’Em: The High Stakes Game of Fatherhood; Touching Wonder: Recapturing the Awe of Christmas; dan All Is Grace: A Ragamuffin Memoir. Dia berkata dia orang yang bahagia kerana memiliki seorang isteri yang cantik dan tiga orang anak yang menyerupai ibu mereka.

Artikel oleh John Blase


Meluangkan Masa dengan Tuhan 

Buku bertajuk “A River Runs Through It” merupakan cerita hebat yang ditulis oleh Norman Maclean. Ceritanya mengenai 2 budak lelaki yang membesar di bahagian barat Montana bersama dengan bapa mereka, seorang pastor gereja Presbyterian. Setiap pagi Ahad, Norman dan adiknya, Paul pergi ke gereja untuk mendengar bapa mereka berkhutbah. Petangnya, bapa mereka akan berkhutbah sekali lagi. Pada masa lapang antara 2 sesi itu, mereka bebas untuk bersiar-siar di kawasan perbukitan dan sungai bersama bapa mereka, “sementara si bapa berehat untuk sesi seterusnya.” Bapa mereka sengaja mengasingkan masa untuk “memulihkan jiwanya supaya dipenuhi kelimpahan untuk khutbah waktu petang nanti.”

Pemerintahan Tuhan

Ibu saya komited dalam banyak hal sepanjang hayatnya. Salah satunya adalah melihat anak-anak kecil mengenal Yesus. Beberapa kali saya pernah menyaksikan ibu saya tidak bersetuju ketika seseorang cuba memotong bajet pelayanan kanak-kanak kerana menganggapnya kurang “penting”. “Saya hanya bercuti pada satu musim panas ketika mengandungkan adik lelaki kamu,” kata ibu kepada saya. Saya menyedari bahawa ibu saya telah terlibat dalam pelayanan kanak-kanak di gereja selama 55 tahun. 

Berjalan, Jangan Berlari

Pada setiap waktu subuh, seorang wanita akan bersenam dengan berjalan kaki. Ketika saya menghantar anak-anak ke sekolah, dia sudah berada di bahu jalan. Dengan dilengkapi sepasang fon kepala yang besar dan stoking berwarna-warni separas lutut, dia berjalan dengan gerakan tangan dan kaki berganti-gantian serta kaki sebelahnya selalu menginjak tanah. Jenis sukan berjalan kaki ini berbeza dengan berlari atau joging. Aktiviti Power Walking melibatkan pengekangan yang disengajakan, iaitu mengawal kecenderungan semula jadi badan untuk berlari. Walaupun sukan ini kelihatan mudah dilakukan, ia sebenarnya melibatkan banyak tenaga, tumpuan dan daya seperti berlari dan joging, cuma semuanya di bawah kawalan. 

Melayani Yang Hina 

Nama pemuda itu Spencer. Tetapi semua orang memanggilnya “Spence.” Dia merupakan juara lumba lari peringkat negeri sewaktu di sekolah tinggi, kemudian dia melanjutkan pelajaran di sebuah universiti berprestij dengan biasiswa akademik penuh. Sekarang dia tinggal di salah sebuah bandar terbesar di Amerika dan sangat dihormati dalam bidang kejuruteraan kimia. Bagaimanapun sekiranya anda bertanya kepada Spence tentang pencapaiannya yang terbesar setakat ini, dia tidak akan bercakap tentang semua itu. Dia akan bercerita dengan terujanya tentang lawatan-lawatan yang dilakukannya setiap beberapa bulan ke Nicaragua untuk memperhatikan keadaan beberapa orang kanak-kanak dan guru dalam program bimbingan yang telah dimulakan dengan bantuannya di salah sebuah daerah termiskin di negara itu. Dia akan memberitahu anda betapa hidupnya telah diperkaya dengan melayani mereka. 

Tujuan Menulis

“Tuhan adalah kubu pertahananku yang tinggi ... Kami meninggalkan kem itu sambil menyanyi.” Pada 7 September 1943, Etty Hillesum menuliskan kata-kata itu pada kad pos dan membuangnya dari kereta api. Itulah kata-kata terakhirnya yang kami dengar. Pada 30 November 1943, dia dibunuh di kem tahanan Auschwitz. Kemudian, diari Hillesum tentang pengalamannya di kem tahanan tersebut diterjemahkan dan diterbitkan. Mereka mencatat sudut pandangannya mengenai kengerian pendudukan Nazi dan keindahan dunia Tuhan. Diarinya telah diterjemahkan ke dalam 67 bahasa—hadiah untuk semua orang yang akan membaca dan percaya pada kebaikan dan keburukan.

PERCAYA KEPADA CAHAYA

Ramalan cuaca itu menjangkakan taufan bom. Itulah yang berlaku apabila ribut musim sejuk meningkat dengan mendadak sedangkan tekanan atmosfera menurun. Apabila malam menjelang, ribut salji menyebabkan keadaan di lebuh raya ke lapangan terbang Denver hampir tidak kelihatan. Tetapi apabila anak perempuan anda sendiri yang terbang pulang untuk melawat anda, anda pasti melakukan segala-galanya. Anda akan mengambil baju tambahan dan air (sekiranya anda terkandas di lebuh raya), memandu dengan sangat perlahan, berdoa tanpa henti, dan yang terpenting, percaya kepada lampu depan kenderaan anda. Kadangkala, anda akan mencapai sesuatu yang hampir mustahil seperti ini.

Apabila Banjir Melanda

Saya tinggal di Colorado, negeri yang terkenal dengan Pergunungan Rocky dan salji tebal di barat Amerika Syarikat. Namun bencana alam yang paling buruk tiada kaitan dengan salji, melainkan banjir di ngarai Big Thompson yang berlaku di sekitar pusat peranginan bandar Estes Park pada 31 Julai 1976. Ia mengakibatkan 144 kematian, tidak termasuk ternakan. Ekoran daripada peristiwa itu, kajian-kajian penting telah dibuat di kawasan itu, terutamanya struktur asas jalan raya dan lebuh raya. Hasilnya, dinding konkrit di jalan raya dapat menahan ribut itu disebabkan oleh struktur asas yang kukuh.. 

Walau Sekadar Taco

Pasangan suami isteri, Ashton dan Austin Samuelson merupakan lulusan sekolah teologi dengan keinginan kuat untuk melayani Yesus. Bagaimanapun, mereka tidak terpanggil untuk melakukan pelayanan tradisional di gereja. Tetapi bagaimana pula dengan melayani di luar gereja? Sudah pasti ini harus diteruskan. Maka mereka menyatukan panggilan dan kemahiran yang diberikan Tuhan dalam keusahawanan untuk membantu kanak-kanak yang kebuluran di seluruh dunia. Pada tahun 2014, mereka membuka restoran yang menyajikan hidangan taco dan mengoperasinya berdasarkan falsafah “beli-satu-beri-satu”. Bagi setiap hidangan yang dibeli, wang akan didermakan untuk menyediakan hidangan khas dalam memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak yang kekurangan zat dan ini telah menyumbang kepada lebih daripada 6 buah negara di seluruh dunia. Matlamat mereka adalah membantu mengatasi kebuluran kanak-kanak—bermula daripada satu hidangan taco.

Apakah Masalah Dunia Ini?

Pada awal abad ke-20, dikisahkan akhbar The London Times sering mengajukan satu soalan kepada para pembacanya. Apakah masalah dunia ini?