Seperti Guru Agung Kita
Dalam satu video tular, seorang pelajar karate tali pinggang putih berusia 3 tahun meniru pengajarnya. Dengan semangat dan keyakinan, gadis kecil itu dengan kuat menyebutkan prinsip-prinsip mempelajari karate bersama-sama pemimpinnya. Kemudian, dengan tenang dan berfokus, gadis kecil yang comel itu dan penuh tenaga meniru semua yang dikatakan dan dilakukan oleh gurunya—bahkan melakukannya dengan cukup baik!
Dalam Segala Urusan Kita
Pada tahun 1524, Martin Luther memperhatikan bahawa: “Para peniaga mempunyai satu peraturan umum yang merupakan prinsip asas mereka ... Aku tidak peduli tentang sesamaku, asalkan aku mempunyai keuntungan untuk memuaskan ketamakanku.” Selepas lebih daripada 200 tahun kemudian, John Woolman yang berasal dari Mount Holy, New Jersey, mengendalikan kedai jahitnya berdasarkan komitmen kepada Tuhan. Oleh sebab dia menyokong pembebasan hamba, Woolman enggan membeli sebarang bekalan kapas dan pewarna kain daripada syarikat-syarikat yang menggunakan buruh paksa. Dengan hati nurani yang jelas, dia mengasihi sesamanya dan hidup berdasarkan keikhlasan dan ketulusan dalam segala urusannya.
Secukupnya
Dalam filem Fiddler on the Roof, seorang watak yang bernama Tevye bercakap secara jujur dengan Tuhan tentang ekonomi-Nya: “Engkau telah mewujudkan begitu ramai orang miskin. Sudah tentunya, aku sedar bahawa menjadi miskin itu tidak memalukan. Tetapi itu juga bukan suatu penghormatan! Jadi, adakah ini sesuatu yang buruk jika aku mempunyai kekayaan walaupun hanya sedikit! … Adakah itu akan merosakkan rancangan yang besar dan kekal—jikalau aku seorang yang kaya?
Sentiasa Berjaga-Jaga
Seorang lelaki dan beberapa rakannya menyelinap ke pintu pagar pusat peranginan ski yang memberi amaran tentang runtuhan salji, tetapi mereka terus meluncur. Pada peluncuran turun pusingan kedua, seseorang berteriak, “Awas!” Namun lelaki itu tidak dapat melarikan diri dan maut dalam runtuhan salji. Ada orang mengkritiknya, mengatakan dia peluncur baru. Tetapi dia bukan orang baru; dia merupakan pemandu di kawasan peluncuran salji yang berpengalaman. Seorang penyelidik mengatakan bahawa pemain ski dan peluncur papan salji yang menjalani paling banyak latihan runtuhan salji lebih cenderung membuat pertimbangan yang salah. “[Peluncur papan salji] mati kerana dia terjerumus dalam kelalaian.”
Tuhan Berfirman
Pada tahun 1876, Alexander Graham Bell, iaitu pencipta telefon yang pertama di dunia bercakap melalui telefon buat pertama kalinya. Dia menelefon pembantunya, Thomas Watson dan berkata, “Watson, mari sini. Saya ingin berjumpa dengan kamu.” Panggilan telefon itu terputus-putus dan tidak jelas tetapi dapat difahami, Watson mendengar apa yang dikatakan oleh Bell. Kata-kata pertama yang diucapkan oleh Bell melalui talian telefon membuktikan bahawa hari baharu bagi sistem komunikasi manusia telah bermula.
Tercurah Dari Hati
Sebuah misi penyelamat yang digelar sebagai “Operasi Bahtera Nuh” mungkin kedengaran menyeronokkan bagi pencinta haiwan, tetapi operasi itu umpama mimpi ngeri bagi Persatuan Nassau untuk Pencegahan Kezaliman terhadap Haiwan. Selepas menerima beberapa aduan tentang bunyi bising dan bau busuk yang datang dari sebuah rumah, beberapa pekerja memasuki rumah yang berada di Long Island tersebut dan menemui (kemudiannya menyelamatkan) lebih daripada 400 ekor haiwan yang berada dalam keadaan yang buruk.
Dua Buah Rumah
Untuk menguji kestabilan dua buah rumah, jurutera membuat simulasi ribut taufan Kategori 3 dengan menggunakan kipas yang kuat untuk menghasilkan tiupan angin selaju 160 kilometer per jam selama 10 minit. Rumah pertama dibina berdasarkan kod bangunan yang tiada taufan, dan rumah kedua dibina dengan memperkukuhkan atap dan lantai. Rumah pertama bergegar dan akhirnya runtuh, manakala rumah kedua bertahan dengan hanya sedikit kerosakan secara luaran. Salah seorang jurutera menyimpulkan kajian tersebut dengan menyoal, “Kamu mahu tinggal di rumah yang mana?”
Bapa yang Berbelas Kasihan
Selepas Gabriel yang berumur 8 tahun menjalani pembedahan untuk mengeluarkan tumor di otaknya, satu bekas yang ketara kelihatan di tepi kepalanya. Apabila budak itu berkata bahawa bekas pembedahan tersebut membuat dia berasa seperti seekor raksasa, bapanya, Josh, mempunyai satu idea untuk menunjukkan betapa dia menyayangi anak lelakinya: dia mencacah tatu yang sama bentuk dengan bekas pembedahan Gabriel.
Tetamu yang Tidak Diingini
Kyle dan Allison menikmati bulan madu yang indah di luar negara. Namun, ketika mereka pulang ke rumah, mereka mendapati kaki Kyle menghidapi ruam yang pelik dan gatal. Pasangan ini pun berjumpa dengan pakar penyakit berjangkit. Doktor pakar itu memberitahu mereka bahawa parasit kecil telah menyelinap masuk ke kaki Kyle melalui lepuh yang disebabkan oleh sandal baharunya. Apa yang bermula sebagai percutian impian kini berakhir pula dengan pertempuran yang mencabar dengan “tetamu” yang tidak diingini.