Tuhan tidak mengendahkan orang yang bersandar kepada kekuatannya sendiri; Dia menolong mereka yang percaya dan bergantung pada-Nya. Jonathan Roumie—pelakon yang memainkan watak Yesus dalam siri televisyen popular “The Chosen”, yang berdasarkan kisah Injil—menyedari tentang perkara ini pada bulan Mei tahun 2018. Roumie telah menetap di Los Angeles selama lapan tahun, hidup dalam kemiskinan, hanya cukup makan, dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Dengan kehidupannya yang tidak tentu arah, pelakon tersebut telah mencurahkan hatinya dan menyerahkan kerjayanya kepada Tuhan. “Saya mengucapkan doa ini dengan bersungguh-sungguh, ‘Aku berserah. Aku berserah.’ ” Kemudian pada hari tersebut, dia telah menjumpai 4 keping cek dalam peti suratnya dan tiga bulan kemudian, dia telah dipilih untuk melakonkan watak Yesus dalam siri televisyen “The Chosen”. Roumie telah menyedari bahawa Tuhan akan menolong sesiapa yang percaya kepada-Nya .

Daripada iri hati dan marah terhadap “orang melakukan kejahatan” (MAZMUR 37:1), pemazmur mengajak kita menyerahkan segalanya kepada Tuhan. Apabila kita memusatkan kehidupan kita kepada-Nya, “Percayalah kepada TUHAN, dan lakukan kebaikan,” “Cari kebahagiaan daripada TUHAN” (MAZMUR 37:3-4), dan menyerahkan segala keinginan, masalah, kegelisahan, dan aktiviti harian kita kepada-Nya, Tuhan akan memimpin kehidupan kita dan memberi kita kedamaian (MAZMUR 37:5-6). Sebagai orang yang percaya kepada Yesus, pentingnya bahawa cara hidup kita adalah ditentukan oleh Tuhan. Marilah kita berserah dan percaya kepada Tuhan. Dengan berbuat demikian, Dia akan bertindak dan melakukan yang terbaik untuk kita.