Penulis

Lihat semua

Artikel oleh Tim Gustafson

Balik untuk Merayakan Krismas

Suatu tahun pada hari Krismas, saya harus menjalankan tugas di sebuah tempat yang tidak diketahui oleh kebanyakan rakan saya menurut peta. Suatu hari saya menapak dengan susah payah untuk balik ke bilik saya dari tempat kerja, sambil melangkah berat di tengah-tengah tiupan angin sejuk dari Laut Hitam yang suram. Masa itu saya sangat rindu untuk pulang ke rumah.

Krismas Menyambut Anda

Mereka tinggal dalam bayangan segelap maut, tetapi kini mereka disinari cahaya yang terang. Yesaya 9:1

Di Wilayah Pampanga di Luzon, Filipina, anda akan menemukan San Fernando. Di bandar yang bersejarah ini, Perayaan Tanglung Besar menonjolkan contoh tradisi Krismas orang Filipina yang unggul—paróls. Dengan hanya menggunakan buluh, kertas warna, dan lilin, artis-artis yang berbakat menciptakan tanglung-tanglung berbentuk bintang yang menakjubkan untuk meraikan…

Bayi Yang Berpengaruh

Pada kali pertama saya melihat dia, saya menangis. Dia kelihatan seperti bayi baru lahir yang biasa sedang tidur di katilnya. Tetapi kami tahu bahawa dia tidak akan bangun lagi, sehingga dia berada dalam pangkuan Yesus.

Sesama Saudara

Saya mempunyai seorang adik lelaki yang umurnya beza setahun dengan saya. Kami agak “suka bersaing” ketika membesar (dalam kata lain, kami bergaduh!). Bapa saya memahami keadaan kami itu kerana dia juga ada saudara-saudara lelaki, tetapi emak tidak berapa memahami.

Di Bawah Naungan Sayap-Nya

Marc masih ingat suatu masa ketika dia masih kecil, bapanya mengumpulkan keluarga mereka dan memberitahu mereka bahawa kereta mereka sudah rosak dan mereka akan kehabisan wang pada penghujung bulan. Namun dalam keadaan sedemikian, bapanya berhenti sejenak dan berdoa. Kemudian dia meminta semua ahli keluarga menantikan jawapan Tuhan.

Ular dan Basikal Tiga Roda

Bertahun-tahun lamanya, saya berulang-kali menceritakan sebuah kisah lama di Ghana ketika saya dan adik saya masih kecil. Saya masih ingat, adik telah meletakkan basikal lama kami yang beroda tiga di atas seekor ular tedung kecil. Basikal itu terlalu berat bagi ular itu sehingga ia terus terperangkap di bawah hadapan roda basikal.

Penggantian

Dalam upacara pengebumian seorang bekas askar, seorang pengkhutbah berkata tentang tempat yang si mendiang itu mungkin sedang berada. Namun dia tidak memberitahu para hadirin di situ bagaimana mereka boleh mengenal Tuhan, sebaliknya dia membuat andaian tentang perkara-perkara yang tidak berdasarkan Alkitab. Saya berfikir, Di manakah harapan kita?

Pengakuan Profesor

Oleh sebab bimbang akan kebiasaan buruk pelajarnya dalam penulisan, penulis terkenal dan profesor universiti, David Foster Wallace mempertimbangkan bagaimana dia boleh mempertingkatkan kemahiran mereka. Itulah masanya dia terfikir akan satu soalan yang mengejutkan. Profesor tersebut terpaksa bertanya kepada dirinya sendiri mengapa seseorang pelajar harus mendengarkan seseorang yang memiliki sikap “bangga diri, berfikiran sempit, menganggap diri sendiri betul, dan meninggikan diri” seperti dirinya. Dia menyedari bahawa dia mempunyai masalah keangkuhan.

Terlepas Daripada Hukuman

Pada bulan Jun 2004, Beckie Scott, iaitu seorang pemain ski merentas desa berbangsa Kanada telah menerima pingat emas Olimpik di sebuah galeri seni Vancouver. Itu agak menarik kerana Sukan Olimpik Musim Sejuk telah diadakan pada tahun 2002 di Utah. Masa itu Scott yang memenangi pingat gangsa berada di belakang dua orang atlet yang telah hilang kelayakan beberapa bulan kemudian kerana mereka didapati menggunakan bahan yang diharamkan.