Penulis

Lihat semua

Artikel oleh Tim Gustafson

Lakukan Apa Yang Anda Mampu

Apabila kawan-kawan Charlotte mengatakan sesuatu yang tidak waras atau tidak masuk akal di laman sosial, dia menyampuk dengan lembut walaupun dia tidak menyetujui mereka. Dia menghormati martabat semua orang, dan kata-katanya selalu bersifat positif.

Tuhan Yang Menjaga Kita

Dalam bukunya, The God I Don’t Understand (Tuhan yang Aku Tidak Fahami), Christopher Wright memerhatikan bahawa orang pertama yang telah memberikan nama kepada Tuhan adalah orang yang tidak begitu menonjol. Orang itu ialah Hagar!

Perkara Yang Anda Harus Lakukan

Ketika sekumpulan kenderaan tentera bersedia untuk bertolak, seorang anggota pasukan tentera laut yang muda mengetuk tingkap kenderaan pemimpin pasukannya dengan segera. Dengan jengkel, sarjan itu menurunkan tingkapnya. “Apa?” “Anda terlupa melakukan perkara itu,” kata anggota tentera itu. “Perkara apa?” tanya sarjan itu. “Perkara yang anda harus lakukan,” jawab anggota tentera tersebut.

Siapakah Anda Pertahankan?

Apabila guru tatabahasa memanggil Kathleen ke hadapan untuk menganalisis ayat, dia menjadi panik. Ini kerana Kathleen baru berpindah ke sekolah tersebut dan belum pernah belajar tentang tatabahasa. Seluruh kelas mentertawakannya.

Tangan Yang Terbuka

Pada tahun 1891, jenazah Biddy Mason dikebumikan di sebuah kubur yang tidak tertanda di Los Angeles. Ini bukan perkara biasa bagi seorang wanita yang merupakan hamba sejak lahir, tetapi ia sesuatu yang luar biasa bagi seseorang yang berjaya seperti Biddy. Selepas memenangi kebebasannya melalui perbicaraan mahkamah yang sengit pada tahun 1856, dia menggabungkan kemahiran kejururawatan dan pelaburan perniagaan yang bijak untuk mendapat keuntungan. Apabila dia menyaksikan penderitaan para pendatang dan banduan, dia menjangkau mereka, malah melabur dalam kerja amal sehingga orang ramai kerap kali beratur di luar rumahnya untuk menerima bantuan. Pada tahun 1872, tepat pada enam belas tahun selepas dia bebas daripada perhambaan, dia dan menantu lelakinya membiayai penubuhan Gereja Episcopal Methodist Afrika yang pertama di Los Angeles.

Tugas Utama Kita

Apabila seorang cendekiawan berbangsa Inggeris menyeru agama-agama dunia ini bekerjasama untuk mencapai perpaduan sejagat, semua orang menghargai usahanya. Dengan menunjukkan bahawa kebanyakan agama utama berkongsi pedoman penting yang sama, dia mencadangkan, “Tugas utama bagi zaman kita adalah membina satu masyarakat global, supaya manusia daripada segala fahaman dapat hidup bersama dalam kedamaian dan keharmonian.

Hati Yang Dingin

Dalam keadaan yang mendesak, seorang wanita menelefon pusat bantuan perumahan, iaitu tempat kerja saya. Alat pemanas di rumahnya telah rosak dan mengakibatkan seluruh rumahnya menjadi sejuk membeku. Dengan cemasnya, dia bertanya tentang tindakan seterusnya untuk anaknya. Dengan segera saya memberikan dia satu jawapan standard yang telah disediakan oleh pusat kami: “Anda terus pindah ke sebuah hotel dan berikan bil hotel itu kepada tuan rumah anda.” Selepas mendengar jawapan saya, dia terus meletakkan gagang telefon dengan marah.

Kejujuran Yang Mengejutkan

Apabila pastor meminta salah seorang pemimpin gerejanya untuk memimpin jemaah dalam doa, respons pemimpin itu mengejutkan semua orang. Dia berkata, “Pastor, minta maaf, saya baru sahaja bergaduh dengan isteri saya waktu datang ke gereja. Saya benar-benar tidak dapat memimpin doa.” Pada saat itu semua orang terasa sangat janggal. Maka pastor itu mengambil alih untuk berdoa. Kebaktian diteruskan. Sejak itu, pastor itu membuat keputusan agar tidak meminta seseorang berdoa di khalayak umum sebelum bertanya secara peribadi kepada orang tersebut.

Abba, Bapa

Gambar itu ditemui pada sekeping kad Hari Bapa yang lucu. Di dalam gambar tersebut, seorang bapa sedang menolak mesin pemotong rumput di halamannya dengan menggunakan satu tangan sambil menarik sebuah kereta kecil di belakangnya dengan tangannya yang satu lagi. Anak perempuannya yang berumur tiga tahun sedang berada di kereta itu dan sangat seronok menikmati perjalanannya di halaman dengan suasana yang bising. Ini mungkin bukanlah pilihan yang paling selamat untuk menjaga anak, tetapi siapa kata bahawa lelaki tidak dapat melakukan banyak perkara pada masa yang sama?