Pemberian Belas Kasihan
Apabila saya mengadu bahawa pilihan seorang sahabat saya telah mendalami dosa dan perbuatannya mempengaruhi saya, seorang wanita yang selalu berdoa dengan saya pada setiap minggu ini meletakkan tangannya di atas tangan saya. “Marilah kita berdoa untuk kita semua.”
Bunga Selamanya
Semasa kecil, anak lelaki saya, Xavier suka memberi saya bunga. Saya menghargai setiap rumpai yang dipetik atau bunga yang dibeli dari kedai bunga bersama ayahnya. Saya menghargai setiap pemberian itu sehingga ia menjadi layu dan terpaksa dibuang.
Patutkah Saya Mengampuni?
Suatu hari, saya datang awal ke gereja untuk membantu dalam satu acara. Seorang wanita yang sedang berdiri di hujung arah bertentangan saya menangis. Dia pernah melakukan sesuatu jahat serta mengumpat saya pada suatu masa dahulu. Oleh itu, saya juga tidak mengendahkan tangisannya. Kenapa saya perlu menjaga hati seseorang yang tidak suka akan saya?
Apabila Ya Bermaksud Tidak
Saya bersyukur kepada Tuhan atas peluang untuk menjadi penjaga ibu saya semasa dia berjuang melawan leukemia. Apabila ubat-ubatan tidak lagi melegakan kesakitannya, dia membuat keputusan untuk menghentikan rawatan. “Saya tidak mahu menderita lagi,” katanya. “Saya mahu menikmati hari-hari terakhir saya dengan keluarga. Tuhan tahu bahawa saya sudah bersedia untuk pulang kepada-Nya.”