Berakar Umbi dalam Kristus
Andrew Murray (1828-1917), iaitu seorang pastor yang dikasihi, pernah berkongsi bahawa pelbagai penyakit telah menjejaskan pokok-pokok oren di negara asalnya, Afrika Selatan. Bagi kebanyakan orang, semua pokok itu mungkin kelihatan baik, tetapi pakar pokok dapat melihat bahagian pokok yang reput dan itu bermaksud ia akan mengalami kematian secara perlahan. Satu-satunya cara untuk menyelamatkan pokok yang berpenyakit adalah memenggal batang dan dahan daripada akar, dan mencantumkannya pada pokok yang baharu. Kemudian pokok itu boleh bertumbuh dengan subur dan menghasilkan buah.
Mengasihi Orang dengan Kasih Yesus
Satu pertandingan sukan baru telah diperkenalkan di sebuah sekolah menengah, dan ini adalah salah satu pengalaman yang paling memberikan inspirasi kepada saya.
Penghargaan yang Rendah Hati
Sebagai seorang guru sekolah rendah, kawan saya Jenni sering mengiringi pelajarnya pergi ke pelbagai bilik darjah yang lain untuk mata pelajaran seperti muzik atau seni. Apabila mereka diminta untuk berbaris dan pergi ke bilik yang lain, pelajar darjah lima akan berlumba untuk mendapatkan kedudukan, bahkan ada yang berebut tempat yang diidamkan di barisan hadapan.” Suatu hari, Jenni mengejutkan mereka dengan meminta mereka berpusing dan berbaris dari belakang, kemudian orang sebelum ini yang paling akhir menjadi orang pertama yang berjalan. Reaksi mereka yang terkejut itu dapat didengar dengan ekspresi: “Hah??”
Permulaan Baharu
Satu obituari terpapar di sebuah akhbar, dan tajuk utamanya “Pedagang Maut telah Mati” mungkin telah menyebabkan Alfred Nobel, seorang pencipta dinamit, membuat perubahan dalam hidupnya. Tetapi akhbar itu telah silap. Alfred masih hidup. Sebenarnya orang yang meninggal ialah Ludvig, abangnya. Apabila Alfred menyedari bahawa perkara itu mengingatkan dia akan ciptaannya yang berbahaya dan telah meragut banyak nyawa, dia pun memutuskan untuk menderma sebahagian besar kekayaannya untuk mewujudkan anugerah bagi orang yang telah memberi manfaat kepada manusia. Ia dikenali sebagai Hadiah Nobel.
Sukacita yang Berkekalan
Pada tahun 2014, para penduduk sebuah kampung di Norway telah mendirikan sebuah papan tanda lalu lintas yang menggalakkan orang ramai menyeberang jalan dengan cara yang menggelikan hati. Niatnya adalah untuk membawa sedikit kegelian hati kepada “pejalan kaki yang bodoh” dan orang yang melihat, bagi menceriakan hidup antara satu sama lain. Pandangan sepintas lalu terhadap waktu yang menggelikan hati ini ialah dorongan sejenak kepada orang-orang yang bermuram.
Perspektif Tuhan
Pada tahun 2018, Pastor Tan Flippin mengalami kemalangan basikal yang menyebabkan dia dimasukkan ke hospital. Tulang pinggulnya patah. Apabila doktor mengarahkan supaya imbasan CT (CT scan) dilakukan bagi memeriksa jika dia menderita gegaran otak, tumor merbahaya yang besar ditemui di bahagian depan otaknya. Penemuan itu membawa kepada proses perubatan yang panjang dengan lebih banyak gumpalan ditemui dan rawatan lanjut dilakukan—termasuk pemindahan sumsum tulang. Flippin percaya bahawa “Tuhan membenarkan kemalangan supaya tumor otak saya ditemui.”
Jawapan yang Bernas
Bert meletakkan kad debitnya di atas bil restoran. Pelayan itu mengambilnya dan kemudian berhenti sejenak untuk bertanya, “Tunggu, siapa orang ini yang berkata, ‘Akulah jalan, kebenaran dan hidup?’ Sombongnya!” Bert menyedari pelayan itu berkata demikian kerana kata-kata Yesus dalam Yohanes 14:6 telah tertera pada kad debit yang dikeluarkan oleh syarikat kewangan Kristiannya. Bert terhibur oleh respons pelayan itu, maka dia mengambil peluang untuk menjelaskan identiti “orang ini” dan persembahan korbannya untuk membawa kita kepada Tuhan.
Mendengar Suara Tuhan
Pada awal abad kedua puluh, Bandaraya New York telah menjadi sebuah tempat yang bising. Dengan landasan kereta api yang dibina di atas tanah, kereta, trem, jeritan penjual surat khabar, dan orang ramai yang bergegas di sekitar—sungguh hiruk-piruk! Namun, pada suatu hari di Broadway dan 34th Street, seorang lelaki bernama Charles Kellogg berkata kepada rakannya, “Hei, saya boleh dengar bunyi cengkerik.”
Mempercayai Tuhan Sepenuhnya
Kucing liar mengiau-ngiau dengan penuh kasihan dan menyebabkan saya berhenti sejenak. Saya baru sahaja berjalan melepasi timbunan makanan yang telah dibuang di atas tanah oleh seseorang. Wah, Tuhan sediakan makanan untuk kucing yang kelaparan ini, saya fikir. Makanan itu disorokkan di sebalik tiang berdekatan, jadi saya cuba memanggil kucing yang kurus kering itu datang ke tiang tersebut. Ia bergerak ke arah saya dengan penuh yakin—kemudian berhenti dan enggan mengikuti saya lebih jauh. Saya tertanya-tanya, Alahai, mengapa tidak ikut cakap aku? Banyak makanan yang menunggu kamu di situ!