Memperkenalkan Tuhan
Disebabkan kasih kepada Tuhan dan manusia, Kathryn setia dan giat melayani dalam penterjemahan Alkitab. Dia bersukacita apabila wanita di India memahami firman Tuhan dengan lebih mendalam, kerana mereka dapat membacanya dalam bahasa ibunda mereka. Dia menyatakan bahawa apabila golongan wanita di situ mula memahami kebenaran dalam Alkitab, “Mereka sering bersorak atau bertepuk tangan. Selepas mereka membaca tentang Yesus, mereka akan berkata, ‘Oh, hebat!’ ”
Dipanggil dan Diperlengkap Tuhan
Bos saya memberitahu saya, “Tugas anda dalam ekspo buku antarabangsa adalah menganjurkan siaran radio di tapak ekspo.” Saya ketakutan kerana ini tugas baharu bagi saya. Ya Tuhan, aku tidak pernah melakukan perkara seperti ini, saya berdoa. Tolonglah aku.
Bertukar Tempat
Rakan saya Joann meninggal dunia akibat strok ketika wabak Koronavirus mula merebak pada tahun 2020. Pada mulanya keluarga Joann memberitahu bahawa upacara memperingatinya akan diadakan di gerejanya, tetapi kemudian keluarganya memutuskan bahawa adalah lebih baik melangsungkannya di pusat memorial untuk mengawal bilangan hadirin. Jadi keluarga Joann menyiarkan notis baharu ini dalam talian: Joann Warners—Bertukar Tempat.
Karya Ciptaan Tuhan
Pada 12 Julai 2022, ahli-ahli sains sedang menunggu Teleskop Angkasa Lepas James Webb yang baharu mengirimkan gambar pertama tentang ruang angkasa lepas yang terdalam. Teleskop terkini itu dapat meninjau lebih jauh ke alam semesta daripada yang pernah ditinjau oleh manusia sebelum ini. Tiba-tiba timbulnya satu imej yang menakjubkan: pemandangan angkasa lepas berwarna daripada Carina Nebula muncul di depan mata dengan imej yang tidak pernah kelihatan sebelum ini. Seorang ahli astronomi NASA memetik kata-kata Carl Sagan, seorang ateis yang terkenal: “Di suatu tempat, sesuatu yang luar biasa sedang menunggu kita saksikan.”
Dusta dan Kebenaran
Adolf Hitler percaya bahawa dusta besar lebih berkuasa daripada dusta kecil, dan secara tragik, dia berjaya membuktikan teorinya. Pada awal karier politiknya, dia mendakwa bahawa dia senang hati untuk menyokong aspirasi orang lain. Sesudah dia memegang tampuk kuasa, dia berkata bahawa partinya tidak berniat untuk menganiaya sesiapa. Kemudian, dia menggunakan media untuk memaparkan dirinya sebagai tokoh bapa dan pemimpin bermoral.
Sukacita dan Hikmah
Bunga pokok ceri yang harum manis membanjiri Jepun dengan warna merah jambu pucat dan terang yang sungguh cantik pada setiap musim bunga. Pemandangan ini menyenangkan deria penduduk setempat dan pelancong. Sifat bunga yang pendek hayat itu memupuk kesedaran yang sungguh-sungguh dalam kalangan orang Jepun untuk menikmati keindahan dan keharuman sementara bunga itu masih mekar: pengalaman yang amat singkat itu menyerlahkan kepiluannya. Mereka menamakan sikap yang dengan sengaja menikmati keseronokan yang akan berubah dengan cepat ini sebagai “mono-no-aware.”
Satu-Satunya Suara
Selepas Persidangan Keamanan Paris yang mengakhiri Perang Dunia Pertama, Marsyal Perancis, iaitu Ferdinand Foch berkata dengan sedih, “Ini bukanlah keamanan. Ini cuma perjanjian gencatan senjata selama dua puluh tahun.” Pandangan Foch bercanggah dengan pendapat umum bahawa konflik yang mengerikan itu akan menjadi “peperangan untuk menamatkan semua peperangan.” Dua puluh tahun dan dua bulan kemudian, Perang Dunia Kedua meletus. Betul kata Foch.
Meninggalkan Warisan Rohani
Semasa waktu remaja, saya dan kakak saya tidak memahami keputusan ibu untuk menerima Yesus sebagai Penyelamatnya, tetapi kami tidak dapat menafikan perubahan yang kami lihat dalam dirinya. Dia memiliki lebih banyak damai sejahtera dan sukacita serta mula setia melayani di gereja. Dia begitu lapar untuk mengkaji Alkitab sehingga dia mengikuti dan tamat kursus teologi di seminari. Beberapa tahun selepas keputusan ibu saya, kakak saya menerima Kristus dan mula melayani-Nya. Beberapa tahun sesudah itu, saya juga menaruh kepercayaan kepada Yesus dan mula melayani-Nya. Bertahun-tahun kemudian, ayah saya turut menyertai kami untuk percaya kepada-Nya. Keputusan ibu saya untuk menerima Kristus telah membawa kesan riak yang mengubah hidup anggota keluarga dekat kami mahupun keluarga jauh kami.
Tetap Teguh Dalam Kristus
Apabila Gandalf Si Kelabu berhadapan dengan Saruman Si Putih, jelaslah bahawa Saruman telah menyimpang daripada apa yang sepatutnya dilakukannya, iaitu membantu melindungi Bumi Tengah daripada Sauron, si makhluk yang jahat. Lebih-lebih lagi, Saruman telah bersekongkol dengan Sauron! Dalam adegan ini daripada filem The Fellowship of the Ring, iaitu karya klasik J. R. R. Tolkien, kedua-dua bekas rakan itu kemudiannya melancarkan pertempuran epik antara kuasa baik dan kuasa jahat. Kalaulah Saruman tetap teguh melakukan apa yang diketahuinya betul!