Category  |  Pedoman Harian

Air Kehidupan

Bunga-bunga potong sudah tiba dari Ecuador. Pada masa bunga-bunga itu tiba di rumah saya, bunga-bunga tersebut telah pun layu disebabkan perjalanan lama. Saya menerima arahan untuk menyiram bunga-bunga itu dengan air sejuk yang menyegarkan. Bagaimanapun , sebelum berbuat demikian, tangkai bunga-bunga tersebut perlu dipangkas untuk memudahkan penyerapan air. Namun begitu, adakah bunga-bunga tersebut akan terus hidup?

Keputusan yang Melulu

Sewaktu saya masih remaja, saya pernah memandu kereta dengan terlalu laju dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengikut kawan saya pulang ke rumahnya selepas latihan bola keranjang di sekolah menengah. Pada hari itu, hujan turun dengan lebat dan menyukarkan saya mengikuti keretanya dari belakang. Tiba-tiba, ketika pengelap cermin kereta saya membersihkan cermin hadapan yang dicurahi air, saya terkejut apabila mendapati bahawa kereta Sedan kawan saya itu sudah pun berhenti di hadapan saya! Lalu saya terus memijak brek dengan tiba-tiba. Kereta saya terus tergelincir keluar dari jalan raya dan merempuh sebatang pokok besar. Akibatnya kereta saya termusnah dan saya dimasukkan ke wad koma di sebuah hospital tempatan. Walaupun saya terselamat disebabkan oleh rahmat Tuhan, tindakan saya yang melulu itu terbukti mengakibatkan kerugian yang sangat besar.

Iman yang Imaginatif

“Papa, tengok!” “Pokok-pokok itu melambai-lambai kepada Tuhan!” Semasa kami memerhatikan dahan-dahan pokok Betula (birch) yang berayun-ayun apabila ditiup oleh angin kencang, saya tersenyum melihat cucu saya yang begitu teruja. Hal itu membuat saya bertanya-tanya pada diri sendiri, adakah saya juga mempunyai iman yang imaginatif seperti itu?

Mempelajari dan Menyayangi

Di sebuah sekolah rendah di Greenock, Scotland, tiga orang guru yang sedang cuti bersalin membawa bayi mereka ke sekolah sekali dalam 2 minggu untuk berinteraksi dengan murid-murid sekolah. Waktu bermain dengan bayi dapat menanam sifat empati dalam diri kanak-kanak, atau sifat prihatin dan ambil berat terhadap orang lain. Selalunya, murid-murid yang paling terbuka adalah mereka yang “agak mencabar”, kata seorang guru sekolah. “Selalunya merekalah (murid-murid) yang saling berinteraksi secara bersemuka.” Mereka menyedari “betapa sukarnya untuk menjaga seorang kanak-kanak”, dan “mengetahui dengan lebih mendalam tentang perasaan antara satu sama lain.”

Diselamatkan dari Air yang Dalam

Pada Ogos tahun 2021, bandar Waverly di Tennessee telah dilanda ribut hujan yang memecah rekod sebanyak tiga kali ganda berbanding dengan apa yang diramalkan. Ekoran daripada ribut kencang tersebut, sebanyak 20 orang telah terkorban dan ratusan rumah telah dimusnahkan. Kalau bukan kerana simpati dan kemahiran yang ditunjukkan oleh Joel Boyers, seorang juruterbang helikopter, kemungkinan besar lebih ramai nyawa akan terkorban.

Haleluya!

Sungguh menakjubkan, Handel hanya mengambil masa selama 24 hari untuk menulis muzik orkestra bagi oratorio yang bertajuk Messiah (Mesias)—barangkali merupakan gubahan muzikal yang terkenal di dunia pada masa kini, dipersembahkan sebanyak beribu-ribu kali setiap tahun di seluruh dunia. Gubahan muzik yang mengagumkan itu mencapai klimaks hampir 2 jam selepas permulaannya dengan bahagian yang terkenal dalam oratorio tersebut, iaitu “Korus Haleluya.”

Rasa Kepunyaan

Di penghujung salah satu hidangan yang menandakan hari Perayaan Paska, iaitu sebuah perayaan tradisional orang Yahudi untuk merayakan dan mengingati kehebatan Tuhan sebagai penyelamat kita, ahli-ahli gereja mempamerkan kegembiraan mereka dengan menari dalam satu bulatan. Barry memerhatikan mereka dari belakang dengan senyuman yang lebar. Barry mengatakan dia amat suka akan perayaan-perayaan sebegini, “Di sinilah keluarga aku sekarang. Di sinilah komuniti aku. Aku telah menemui sesuatu yang boleh mengasihi dan dikasihi ... Di sinilah aku rasa kepunyaan.”

Keluarga yang Tidak Berpecah Belah

Pada 16 Jun 1858, sebagai calon Parti Republikan yang baru dilantik ke Senat Amerika Syarikat yang berasal dari Illinois, Abraham Lincoln menyampaikan ucapannya yang termasyhur, “Keluarga yang Berpecah Belah”. Ucapan tersebut menggariskan tentang ketegangan yang wujud di antara beberapa kumpulan di Amerika mengenai isu perhambaan. Hal ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan kawan dan musuh Lincoln. Lincoln berasa ini amat penting untuk menggunakan tajuk “Keluarga yang Berpecah Belah” sebagai kiasan dalam ucapannya yang juga digunakan oleh Yesus dalam Matius 12:25 sebab ayat itu diketahui ramai dan senang untuk diluahkan. Lincoln menggunakan metafora tersebut “supaya ia akan memberikan kesan yang mendalam terhadap minda orang ramai dan membangkitkan mereka untuk menghadapi ancaman pada masa itu.”

Cerita Ikan Paus

Michael sedang menyelam untuk menangkap udang galah ketika seekor ikan paus kelasa memerangkap Michael dalam mulutnya. Michael cuba bergelut dalam keadaan gelap sementara badannya dihimpit otot-otot ikan paus tersebut. Michael berfikir bahawa dia telah menemui ajalnya. Namun ikan paus itu tidak menggemari nelayan penangkap udang galah sebagai makanannya, dan selepas 30 saat, ikan paus tersebut meludahkan Michael ke udara. Apa yang mengagumkan ialah Michael tidak mengalami apa-apa patah tulang —cuma mendapat lebam di seluruh badan dan pengalaman bersama seekor ikan paus.