Mekar di Padang Pasir
Gurun Mojave merangkumi bukit-bukit pasir, kanyon-kanyon kering, dataran tinggi lelasan, dan gunung-gunung seperti kebanyakan padang pasir. Tetapi ahli biologi Amerika Edmund Jaeger memerhati bahawa dalam setiap beberapa tahun, hujan yang berlimpah-limpah akan mengakibatkan “satu kemekaran yang begitu banyak sehingga hampir setiap bahagian pasir atau tanah kerikil dilitupi bunga-bunga.” Namun, pertunjukan bunga liar di Mojave ini bukan satu fenomena tahunan. Para penyelidik mengesahkan bahawa tanah kering tersebut memerlukan air hujan yang banyak dan cahaya matahari yang mencukupi, hanya pada masa yang tepat, dengan ini bunga-bunga mekar akan melitupi padang pasir dengan warna-warna yang cerah.
Mencari Harta Karun
John dan Mary sedang bersiar-siar dengan anjing mereka di sekeliling rumah mereka apabila mereka terpijak sebuah tin berkarat yang sebahagiannya tertimbul semasa hujan baru-baru ini. Mereka membawa tin itu balik ke rumah dan membukanya. Mereka menemukan satu simpanan syiling emas yang melebihi satu abad lamanya! Pasangan itu kembali ke tempat itu dan menjumpai tujuh lagi tin yang mengandungi 1,427 keping syiling kesemuanya. Kemudian mereka melindungi harta tersembunyi mereka dengan menanamkannya di tempat lain.
Bolehkah Kita Berehat?
Darnell menjumpa ahli terapi fizikal dengan menjangka dia akan mengalami banyak kesakitan. Ahli terapi itu membentangkan dan melengkung lengannya, kemudian memegang tangannya dalam kedudukan yang tidak pernah dilakukan selama beberapa bulan sejak kecederaannya. Selepas mengurut setiap bahagian badan yang tidak selesa untuk beberapa saat, dia dengan lembut memberitahunya: “Baiklah, anda boleh berehat.” Darnell berkata kemudian, “Saya fikir saya telah mendengar itu sekurang-kurangnya lima puluh kali dalam setiap sesi terapi: ‘Baiklah, anda boleh berehat.’”
Kawalan Malam
Sewaktu saya masih belajar di universiti, saya menghabiskan musim panas dengan bekerja di sebuah tempat penginapan di ladang ternakan, yang terletak di pergunungan Colorado yang amat indah. Pekerja-pekerja diberikan tugas “kawalan malam” secara bergiliran—untuk memerhati sekiranya berlaku kebakaran hutan agar melindungi para tetamu ketika mereka tidur. Apa yang mula-mulanya kelihatan seperti tugas yang memenatkan dan tidak dihargai, menjadi satu peluang unik bagi saya untuk bertenang, merenung, dan mencari penghiburan dalam hadirat Tuhan yang agung.
Menurut Gambaran Tuhan
Apabila seorang wanita muda mula kehilangan warna kulit perang yang cantik, dia berasa takut, seolah-olah dia melenyap atau kehilangan “dirinya”. Dengan solekan yang tebal, dia menutupkan “bintik-bintik saya,” seperti yang digelarnya—tompok-tompok kulit yang lebih cerah disebabkan oleh suatu penyakit yang dipanggil vitiligo. Ia adalah kehilangan pigmen kulit, melanin, yang memberikan kulit warnanya.
Objek Di Dalam Cermin
“Kita mesti pergi lebih cepat.” Itulah apa Dr. Ian Malcolm, yang dilakonkan oleh Jeff Goldblum, berkata dalam adegan ikonik daripada filem Jurassic Park pada tahun 1993, ketika dia dan dua watak lain melarikan diri dalam kereta jip daripada seekor tyrannosaurus yang mengamuk. Apabila pemandu melihat pada cermin pandang belakang, dia melihat rahang reptilia yang meradang itu—kata-kata ini di bahagian atas cermin pandang belakang: “OBJEK DALAM CERMIN MUNGKIN LEBIH DEKAT DARIPADA APA YANG ANDA LIHAT.”
Sedia Membantu
Di pinggir bandar Paris, seperti bandar-bandar lain di seluruh dunia, orang ramai datang untuk membantu orang yang tiada tempat tinggal dalam komuniti mereka. Pakaian yang dibungkus dalam beg kalis air telah digantung pada pagar yang ditetapkan bagi mereka yang tinggal di jalanan, agar mereka boleh mengambil barang-barang itu mengikut keperluan sendiri. Beg itu dilabel, “Saya sedia membantu jika anda kesejukan.” Usaha itu bukan sahaja menghangatkan mereka yang tidak memiliki tempat tinggal, tetapi juga mengajar orang dalam masyarakat bahawa betapa pentingnya untuk membantu orang yang serba kekurangan.
Kasih Tanpa Ketakutan
Selama bertahun-tahun saya mengenakan perisai ketakutan untuk melindungi hati saya. Ini menjadi satu alasan saya untuk mengelakkan diri daripada mencuba perkara baru, menuruti impian saya, dan mentaati Tuhan. Namun ketakutan akan kehilangan, kesakitan hati, dan penolakan telah menghalang saya membangun hubungan yang penuh kasih dengan Tuhan dan orang lain. Kebimbangan membuatkan saya berasa tidak selamat, khuatir, dan menjadi seorang isteri yang iri hati, serta seorang ibu yang terlalu melindungi dan sentiasa risau. Sungguhpun begitu, ketika saya terus belajar bahawa Tuhan sangat mengasihi saya, Dia mengubah cara saya berhubung dengan Dia dan orang lain: Kerana saya tahu bahawa Tuhan akan memperhatikan saya, saya berasa lebih selamat serta ingin mengutamakan keperluan orang lain terlebih dahulu.
Tempat Tidur yang Kosong
Saya tidak sabar untuk kembali ke Hospital St. James di Montego Bay, Jamaica dan menghubungi Rendell semula, yang telah mengetahui kasih Yesus baginya dua tahun yang lalu. Evie, seorang remaja yang mengikuti lawatan persembahan koir sekolah tinggi, yang saya pergi bersama setiap musim bunga telah berkongsi firman Tuhan dan menerangkan injil kepada Rendell sehingga dia sendiri menerima Yesus sebagai Penyelamatnya.