Category  |  Pedoman Harian

Hidup yang Dibentuk oleh Tuhan

Ketika Asheton bertemu dengan Nick, dia menggambarkan dirinya sebagai seorang yang sesat arah, tiada tujuan hidup, dan dia tidak bangga dengan kelakuannya sendiri pada waktu itu. Baru-baru ini, Nick juga telah melalui pengalaman yang serupa dan dalam proses itu dia kembali berhubung dengan Tuhan. Nick berkongsi dengan Asheton bahawa dia menggambarkan Tuhan seperti seorang tukang periuk yang penuh kasih, yang telah membentuk semula hidupnya serta memberinya harapan pada masa yang sukar itu. Kemudian, mereka berdua berkahwin dan menceburi bidang tembikar sebagai hobi. Kini, mereka menawarkan kelas tembikar sambil menggalakkan para peserta bahawa “anda semua adalah istimewa dan diciptakan menurut kehendak Tuhan.”

Keutamaan dalam Doa Yesus

Cahaya Artik aurora borealis (cahaya kutub utara) terkenal dengan cahaya berwarna hijau dan ungu yang berkilauan, tetapi tahukah anda ia juga memancarkan gelombang elektromagnet (radio) frekuensi rendah? Dengan menggunakan peranti khas, tenaga ini boleh menukar isyarat radio semula jadi ini kepada bunyi desiran dan bunyi berderak yang boleh didengar. Walau bagaimanapun, untuk merakam getaran tenaga elektrik dan magnet yang tidak dapat didengar ini, anda mesti bergerak sekurang-kurangnya 6 kilometer jauhnya dari sumber bunyi manusia atau peralatan elektrik yang boleh mengganggu penerima radio.

Apa yang telah Dilakukan Tuhan

Dan Wallace ialah seorang pengajar bahasa Yunani dan mengembara ke seluruh dunia untuk mengkatalogkan manuskrip kuno. Pada kemuncak kerjayanya, dia menghidap ensefalitis, sejenis penyakit yang menyebabkan otak membengkak. Dia menghabiskan tahun berikutnya di kerusi roda, berpindah dari sebuah hospital ke hospital lain (lima buah hospital), termasuk Klinik Mayo (sebuah pusat perubatan bukan keuntungan). Dia terselamat, walaupun kehilangan sebahagian besar ingatannya, termasuk pengetahuannya tentang bahasa asing. Namun begitu, dia tetap gigih dan kembali mengajar. Dia berkata, “Saya terpaksa belajar semula bahasa Yunani, dan saya belajar sendiri menggunakan buku teks yang saya sendiri terbitkan pada tahun sebelumnya!”

Yesus Mencari yang Hilang

“Saya telah mencarinya sepanjang hidup saya.” Dengan linangan air mata, Bill Cordes mengucapkan kata-kata itu setelah bertemu semula dengan adik lelakinya, Robert. Kedua-dua adik-beradik itu telah berpisah selama lapan puluh tahun ketika Robert baru berusia empat bulan, akibat situasi keluarga yang bermasalah. Akhirnya, cucu perempuan Bill membantunya mencari adik lelaki bongsunya—seseorang yang tidak pernah berhenti difikirkan dan dicari sepanjang hidupnya.

Minda yang Sihat

Sebagai pemain untuk pasukan besbol San Francisco Giants, Drew Robinson mengetahui suka duka emosi dan mental. Setiap kali mengalami kecederaan, dia diturunkan ke liga kecil gabungan Giants, dan ini akan menyebabkan dia mengalami kemurungan. Adakah saya akan digantikan? Adakah saya akan pulih? Di rumah, ketika menonton rakan sepasukan bermain di TV, “Saya rasa terasing, dan sungguh kesunyian.” Selepas percubaan bunuh diri semasa pandemik, dia berkongsi masalahnya dengan ahli psikologi pasukan Giants. Dia mendapat begitu banyak bantuan sehingga dia menggesa pemain lain untuk tampil dengan perjuangan mental mereka. Kini dia merupakan penyokong kesihatan mental sepenuh masa Giants, menggesa pemain yang kuat secara fizikal untuk mendapatkan kesihatan mental yang kuat juga. Selepas mengharungi keadaan yang paling buruk, Robinson percaya tujuannya adalah untuk menggalakkan orang lain.