Category  |  Pedoman Harian

Tabahkanlah Hati!

Saya suka melihat burung yang sedang bermain, oleh itu beberapa tahun yang lalu, saya membina sebuah kawasan perlindungan kecil di halaman belakang rumah untuk menarik burung-burung tersebut. Selama beberapa bulan, saya seronok melihat “kawan-kawan” saya ini yang sedang seronok makan serta terbang sana sini—sehinggalah seekor burung helang Cooper mengubahkan tempat perlindungan saya ini menjadi tempat buruan peribadinya.

Peralihan Tempat Tinggal

Penduduk di Ghana sering menampal notis obituari pada papan iklan dan dinding konkrit. Tajuk berita seperti Pergi Terlalu Cepat, Merayakan Hidup dan Alangkah Terkejutnya! mengumumkan berita kematian orang tersayang serta maklumat mengenai pengebumian yang akan datang. Salah satu notis yang saya baca—Peralihan Tempat Tinggal—menunjukkan kehidupan selepas kematian.

Menurut Rancangan Siapa?

Semasa suami saya berumur 18 tahun, dia memulakan satu perniagaan mencuci kereta. Dia menyewa sebuah garaj, mengupah pekerja dan membuat risalah iklan. Perniagaan ini menjadi sangat maju. Niatnya adalah untuk menjual garaj itu dan menggunakan duit untuk membayar yuran universitinya, maka dia sangat teruja apabila seorang pembeli menunjukkan minat. Selepas beberapa rundingan, transaksi akan perniagaan itu kelihatan bakal berlaku. Tetapi pada saat akhir, urusan tersebut gagal. Selepas beberapa bulan, barulah dia berjaya menjual garaj itu.

Kayu Salib Di Bukit Hollywood

Salah satu imej yang paling dikenali ramai di Amerika Syarikat adalah papan tanda “HOLLYWOOD” di selatan California. Orang dari seluruh dunia datang ke “Tinseltown” untuk melihat tapak kaki bintang-bintang filem yang dicetak dalam simen, dan berharap agar dapat melihat kelibat para artis yang mungkin akan lalu di situ. Para pelawat tidak mungkin terlepas melihat papan tanda tersebut yang terpaku di lereng bukit berhampiran.

Jangan Meninggalkan Pelayanan

Pada tahun 1986, John Piper hampir berhenti bekerja sebagai seorang pendeta di sebuah gereja yang besar. Masa itu dia membuat pengakuan dalam jurnalnya: “Saya sangat kecewa. Saya sangat bingung. Saya berasa bahawa terdapat banyak penentang dari setiap arah.” Namun Piper tidak pernah meninggalkan pelayanannya, dan Tuhan memakainya untuk memimpin suatu pelayanan yang sangat berhasil sehingga akhir-nya ia meluas jauh melebihi gerejanya sendiri.

Kebijaksanaan dan Rahmat

Pada 4 April 1968, pemimpin hak sivil Amerika, Dr. Martin Luther King Jr. telah dibunuh, ini meninggalkan kemarahan dan kekecewaan dalam hati jutaan orang. Di Indianapolis, sekumpulan orang yang majoritinya bangsa Amerika-Afrika telah berkumpul untuk mendengar ucapan Robert F. Kennedy. Masa itu ramai orang belum menerima berita tentang kematian Dr. King, maka Kennedy terpaksa mengumumkan berita tragik itu. Dia meminta mereka bertenang walaupun dia turut berasa pilu dan sedih bersama mereka kerana abangnya, Presiden John F. Kennedy, juga dibunuh beberapa tahun dahulu.

Si Tukang Besi dan Sang Raja

Pada tahun 1878, apabila seorang dari Scotland, Alexander Mackay, tiba di Uganda sebagai penginjil, dia terlebih dahulu mendirikan sebuah tempat pertukangan besi di kalangan suku kaum yang diperintah oleh Raja Mutesa. Penduduk kampung yang berkumpul di sekeliling orang asing yang bertukang dengan tangannya berasa bingung kerana semua orang “tahu” bahawa kerja sebegitu adalah untuk wanita. Pada masa itu, para lelaki di Uganda tidak pernah bekerja dengan tangan mereka. Sebaliknya, mereka menyerang kampung lain untuk menawan hamba, lalu menjual hamba tersebut kepada orang luar. Namun, orang asing ini pula bertukang dengan menghasilkan perkakasan pertanian.

Terlalu Dekat

Saya membesar di Oklahoma, tempat yang biasanya dilanda oleh cuaca yang buruk, sering kali bermula dari awal musim bunga sehingga akhir musim panas. Saya teringat suatu petang ketika langit dipenuhi awan gelap sementara pemberita ramalan cuaca memberi amaran tentang puting beliung yang bakal melanda, tiba-tiba bekalan elektrik di rumah kami terputus. Dengan segera, saya, ibu bapa dan saudara perempuan saya menuruni tangga kayu untuk menuju ke bilik bawah tanah di belakang rumah kami, dan di situlah menjadi tempat perlindungan kami sehingga ribut reda.

Galeri Tuhan

Mazmur 100 adalah seperti suatu karya seni yang menolong kita merayakan Tuhan kita yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Walaupun fokus penyembahan kita itu tidak kelihatan, umat-Nya membuat Dia dikenali.