Orang Asing Dan Pendatang
Saya menghentikan basikal saya, memastikan lokasi Cambridge dalam peta saya. Saya bukan orang yang pandai mengenal arah dan saya tahu bahawa saya seorang yang mudah tersesat di jalan raya yang berselirat dan penuh dengan bangunan-bangunan bersejarah.
Sila Masuk
Rumah Jenny terletak di tepi jalan kecil sebuah kampung, dan jalan ini selalu digunakan oleh pemandu-pemandu pada masa sibuk untuk mengelakkan jalan utama yang berdekatan dan lampu isyarat. Beberapa minggu yang lalu, pekerja-pekerja buruh datang untuk membaiki permukaan jalan yang rosak dengan membawa sekatan besar dan papan-papan tanda “Dilarang Masuk.” “Saya berasa bimbang pada mulanya,” kata Jenny, “saya ingat saya tidak dapat mengeluarkan kereta dari rumah saya sehingga pembaikan jalan itu siap. Namun, apabila melihat papan tanda dengan lebih dekat, saya menyedari papan tanda tertulisnya, ‘Dilarang Masuk: Jalan Masuk bagi Penghuni Sahaja.’ Maka saya tidak perlu melalui lencongan atau sekatan. Saya berhak masuk dan keluar dari kawasan itu sesuka hati kerana saya tinggal di situ. Saya berasa diri amat istimewa!”
Pembekalan Yang Melimpah
Kami mempunyai satu bekas makanan untuk burung madu di taman kami, kami gemar melihat burung-burung kecil datang dan minum air manis daripada bekas itu. Akhir-akhir ini, kami pergi melancong untuk masa yang pendek dan terlupa untuk mengisikan air manis itu. Apabila kami balik, bekas itu sudah kering sepenuhnya. Kasihannya! Saya fikir. Oleh sebab sifat pelupa saya, burung-burung itu tidak mendapat sebarang makanan. Kemudian saya diingatkan bahawa saya bukan orang yang memelihara burung-burung ini: melainkan Tuhan.
Dengan Hormat
Warga Israel tidak puas hati dengan kerajaan mereka. Pada akhir 500 SM, orang Yahudi berhasrat untuk menyiapkan pembinaan Rumah Tuhan mereka yang telah dimusnahkan oleh Babilonia pada 586 SM. Bagaimanapun, gabenor mereka tidak memahami perkara yang dilakukan oleh mereka, maka dia mengirim surat kepada Raja Darius (Ezra 5:6-17).
Kekuasaan Muzik Tuhan
Filem The Sound of Music, adalah salah satu filem muzikal yang amat berjaya dan diterbitkan pada tahun 1965. Filem muzikal ini mendapat banyak sanjungan, termasuklah lima Anugerah Akademi kerana ceritanya yang menawan hati orang di seluruh dunia. Lebih daripada 50 tahun kemudian, orang ramai masih menghadiri tayangan khas filem ini dan para penonton datang dengan memakai kostum watak kegemaran mereka, malah bernyanyi bersama semasa tayangan itu.
Bentangkan Doa Di Hadirat Tuhan
Pada zaman sebelum wujudnya telefon, emel dan telefon bimbit, telegram merupakan cara komunikasi yang paling cepat. Namun, hanya berita penting akan dihantar melalui telegram, dan biasanya berita-berita ini adalah berita buruk. Maka, berbunyilah pernyataan ini, “Penghantar telegram kerap membawa berita buruk.”
Mengikut Masa-Nya
Apabila Pastor Andrew Murray dari Afrika Selatan melawat England pada tahun 1895, dia mula mengalami kesakitan akibat kecederaan lama di belakang badannya. Dalam masa pemulihan, penjaganya memberitahu dia tentang seorang wanita yang berada dalam kesusahan dan meminta sebarang nasihat untuk wanita itu. Murray berkata, “Berikannya kertas ini yang saya tulis untuk [galakan] sendiri selama ini. Mungkin dia akan digalakkan melalui kertas ini.” Berikutlah yang ditulis oleh Murray:
Resipi Nenek
Banyak keluarga mempunyai resipi rahsia, cara tersendiri untuk memasak suatu lauk dan menjadikannya lebih enak. Sebagai orang Hakka (kumpulan etnik Cina saya), kami mempunyai satu hidangan tradisional yang dikenali sebagai manik sempoa, kerana hidangan ini kelihatan seperti manik. Anda mesti mencuba masakan ini!
Singa Yang Terhendap-Hendap
Sewaktu kecil, bapa saya akan “menakutkan” kami dengan bersembunyi di semak-samun dan mengaum seperti singa. Walaupun kami tinggal di luar bandar Ghana, Afrika pada tahun 1960-an, hampir mustahil jika terdapat seekor singa yang terhendap-hendap berdekatan. Saya dan saudara saya akan ketawa sambil mencari bunyi bising itu,serta berasa sungguh seronok setiap kali kami bermain permainan ini dengan bapa kami.