Category  |  Pedoman Harian

Pengetahuan yang Tidak Diterapkan

Dalam bukunya tentang bahasa, diplomat British Lancelot Oliphant (1881–1965) mendapati bahawa ramai pelajar memberikan jawapan betul dalam ujian tetapi gagal mempraktikkan ajaran yang telah dipelajari. “Pengetahuan yang tidak diterapkan ini tidak begitu berguna,” kata Oliphant.

Buangkan Papan Mata

Dalam majlis jamuan perkahwinan anak lelaki Bob, dia memberikan nasihat dan dorongan kepada pasangan pengantin itu. Dalam ucapannya, dia mengisahkan seorang jurulatih bola sepak di bandar berdekatan. Setiap kali pasukannya kalah, jurulatih itu tidak memadamkan markah kekalahan yang tertulis di papan mata pada sepanjang minggu untuk meng-ingatkan pasukan itu akan kekalahan mereka. Bob menasihati mereka dengan penuh hikmat bahawa meskipun strategi tersebut baik untuk pasukan bola sepak, tetapi strategi yang sama tidak baik untuk perkahwinan. Apabila teman hidup anda menyinggung hati atau mengecewa-kan anda, jangan selalu berfokus pada kegagalan tersebut. Buanglah papan mata itu.

Yesus Yang Terutama

Pada satu hari, anak lelaki kawan saya mengambil keputusan untuk memakai jersi sukan di atas pakaian seragam sekolah. Dia ingin menunjukkan sokongan kepada pasukan kegemarannya yang akan bermain dalam perlawanan penting pada malam nanti. Sebelum dia keluar dari rumah, dia memakai sesuatu di atas pakaian jersinya, iaitu seutas rantai dengan loket yang tertulis “Yesus”. Tindakan yang sederhana ini memperlihatkan satu kebenaran yang lebih mendalam: Yesus layak mendapat tempat pertama di atas segala-galanya dalam kehidupan kita.

Menu Rahsia

“Meat Mountain” adalah sejenis sandwic besar yang dilapisi dengan enam jenis daging. Sandwic ini disusun dengan daging ayam yang lembut, tiga keping dendeng babi, dua keping keju, dan banyak lagi. Sandwic ini seumpama hidangan istimewa sesebuah restoran.

Tidak Boleh Mengambil Balik

Saya tidak dapat mengambil balik tindakan saya. Seorang wanita meletakkan keretanya di depan kereta saya dan menghalang saya memandu ke pam minyak. Dia keluar dari keretanya untuk meletakkan beberapa barangan kitar semula, dan saya tidak mahu menunggu, maka saya pun membunyikan hon padanya. Hati saya jengkel, lalu saya mengundurkan kereta dan memandu mengikut jalan lain. Pada masa itu juga, saya berasa kesal kerana tidak sabar dan tidak rela menunggu 30 saat sahaja (paling lama) untuk memindahkan keretanya. Saya meminta ampun kepada Tuhan. Betul, dia sepatutnya meletakkan kereta di kawasan yang ditentukan, tetapi saya pun seharusnya menunjukkan kebaikan dan kesabaran terhadapnya, bukan kekasaran. Sedihnya, sudah terlambat bagi saya untuk memohon maaf kepadanya—dia sudah pergi.

Kilang Kesedihan

Sebagai peminat bola sepak Amerika bagi pasukan Cleveland Browns sepanjang hidup saya, saya membesar dan turut merasakan kekecewaan. Walaupun Browns merupakan salah satu antara empat pasukan yang tidak pernah memasuki Pertandingan Kejohanan Super Bowl, Browns masih mempunyai kumpulan peminat setia yang menyokong mereka setiap tahun. Oleh sebab peminat-peminat ini selalu kecewa, ramai daripada mereka menggelar stadium tempatan mereka sebagai “Kilang Kesedihan.”

Apakah yang Akan Berlaku

Anda dan saya mempunyai satu persamaan. Kita tinggal di dunia yang kacau dan tercemar, dan keadaan ini sahaja yang kita ketahui. Namun, Adam dan Hawa dapat ingat akan kehidupan mereka sebelum kutukan itu. Mereka dapat mengingat kembali dunia yang dihasratkan oleh Tuhan pada awalnya—bebas daripada kematian, kesusahan, dan kesakitan (Kejadian 3:16-19). Sebelum dosa masuk di Taman Eden, kebuluran, pengangguran dan penyakit tidak wujud. Tiada seorang pun mempersoalkan kuasa kreatif Tuhan atau rancangan-Nya bagi membina hubungan dengan manusia.

Pemimpin yang Melayani

Dalam masyarakat tradisional Afrika, pewarisan kepimpinan merupakan keputusan yang penting. Selepas kemangkatan seorang raja, pemilihan pemerintah yang baru harus dilakukan dengan sangat berhati-hati. Selain dilahirkan dalam keluarga diraja, pewaris itu mesti kuat, berani dan bijak. Calon-calon akan disoal untuk menilai sama ada mereka akan berkhidmat kepada rakyat atau memerintah rakyat dengan kejam. Pewaris raja seharusnya seorang yang dapat memimpin tetapi juga berkhidmat.

Harta Terpendam

Cara membaca saya berbeza daripada suami saya. Memandangkan bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua bagi Tom, dia cenderung membaca dengan perlahan, perkataan demi perkataan. Saya sering membaca sepintas lalu sahaja. Namun Tom dapat mengingat lebih banyak daripada saya. Dia boleh memetik ayat-ayat yang dibacanya seminggu yang lalu dengan mudah, tetapi ingatan saya akan melenyap beberapa saat setelah saya menutup buku atau paparan komputer.