Category  |  Pedoman Harian

Pantai Kaca

Penduduk di Fort Bragg, California, pada awal kurun ke-20, telah menghapuskan sampah-sarap mereka dengan membuang sampah tersebut dari sebuah tebing tinggi ke arah pantai berhampiran. Tin, botol, peralatan dapur serta sisa-sisa rumah telah terkumpul dalam longgokan besar yang amat menjijikkan. Walaupun para penduduk akhirnya berhenti membuang sampah di pantai itu, longgokan tersebut masih menjadi sesuatu yang memalukan—sebuah tempat pembuangan sampah yang nampaknya tidak dapat diselamatkan lagi.

Maksud Suatu Nama

Menurut sebuah artikel dalam surat khabar New York Times, kanak-kanak di kebanyakan negara Afrika sering kali diberi nama sempena orang terkenal, acara khas, atau situasi yang bermakna bagi ibu bapa anak tersebut. Apabila beberapa doktor memberitahu sepasang ibu bapa bahawa mereka tidak dapat menyembuhkan penyakit bayi ibu bapa tersebut, dan hanya Tuhan yang mengetahui sama ada anak itu akan hidup atau tidak, ibu bapa bayi itu menamakannya Godknows (Tuhan mengetahui). Seorang lagi lelaki memberitahu bahawa namanya adalah Enough (Cukup), kerana ibunya mempunyai 13 orang anak, dan dia adalah anak yang terakhir! Sememangnya setiap nama yang diberi mempunyai sebab, dan dalam beberapa kes tertentu, nama itu mempunyai maksud yang istimewa.

Senarai Nama Di Syurga

Di kaunter daftar masuk bagi Kenya Airways, saya menyerahkan pasport saya untuk pengesahan. Apabila para petugas memeriksa nama saya dalam senarai nama penumpang mereka, nama saya tidak dapat dicari. Apa masalahnya? Rupanya saya telah membuat tempahan tiket penerbangan berlebihan dan tidak membuat pengesahan tempat duduk terlebih dahulu. Harapan saya untuk balik ke rumah pada hari itu berkecai.

Titik Rendah Dalam Hidup

C. S. Lewis dan abangnya, Warren (Warnie) pernah mengalami beberapa penggal yang sukar di Wynyard, sebuah sekolah berasrama Inggeris bagi budak-budak lelaki. Guru besarnya seorang yang kejam dan telah menimbulkan pengalaman yang tidak mesra dalam kehidupan setiap pelajar. Beberapa puluh tahun kemudian, Warnie menulis, “Saya sekarang sudah berumur lebih daripada enam puluh empat tahun, ketika saya merenungkan masa persekolahan, saya berasa terhibur kerana tiada pengalaman hidup saya yang lebih sukar ditangani jika berbanding dengan waktu saya berada di Wynyard.” Kebanyakan kita dapat mengingat masa yang gelap dan kesukaran dalam hidup kita, malah bersyukur bahawa keadaan kita lebih baik pada hari ini jika berbanding dengan masa lampau.

Melihat Diri Kita

Pada masa lampau, sebelum penciptaan cermin atau permukaan berkilat, orang jarang sekali dapat melihat wajah sendiri. Tompokan air, arus sungai dan sungai merupakan beberapa cara sahaja yang digunakan supaya orang dapat melihat pantulan mereka sendiri. Namun semua itu diubah oleh cermin. Penciptaan kamera juga meningkatkan pemerhatian kita terhadap penampilan sendiri ke tahap yang baru. Kita sekarang boleh mempunyai imej-imej kita dari mana-mana titik masa di sepanjang hidup kita. Foto-foto ini sangat baik untuk membuat buku skrap dan menyimpan sejarah keluarga, tetapi ia juga dapat membantutkan pertumbuhan kerohanian kita. Ketika kita seronok untuk melihat imej diri dalam kamera, ini dapat menyebabkan kita memfokuskan penampilan luaran dan mengabaikan untuk memeriksa keadaan dalaman kita.

Pertolongan Dari Luar

Dalam satu lawatan perniagaan, suami saya baru sahaja masuk ke dalam bilik hotelnya apabila dia mendengar bunyi bising yang ganjil. Maka dia pergi ke luar biliknya untuk memeriksa dan dia terdengar seseorang sedang berteriak dari sebuah bilik berdekatan. Dengan pertolongan seorang pekerja hotel, dia mendapat tahu bahawa terdapat seorang penghuni telah terperangkap dalam bilik mandi. Kunci bilik mandi itu rosak dan orang yang terperangkap di dalam mula berasa panik. Dia berasa dia tidak dapat bernafas dan mula berteriak meminta tolong.

Tidak Mahu Kacang!

Sewaktu anak-anak kami masih kecil, salah seorang anak akan menolak secara terus dengan berkata ‘tidak mahu” apabila kami menghidangkan sayur kacang kepadanya sewaktu makan malam. Kami akan bertanya, “Tidak mahu apa?” dan berharap dia akan menjawab, “Tidak mahu, terima kasih.” Sebaliknya dia berkata, “Tidak mahu kacang!” Hal itu menjadi peluang yang baik untuk mengajar anak-anak kami tentang kepentingan dalam kesopanan. Sebenarnya kami telah mengajar dia tentang hal ini untuk beberapa kali.

Dengan Kita Dan Di Dalam Kita

Anak lelaki saya baru sahaja menghadiri taska. Pada hari pertama dia menangis dan berkata, “Saya tidak suka sekolah.” Jadi saya dan suami saya cuba menggalakkan dia. “Walaupun ayah dan ibu tidak menemani anda di sana, tetapi kami akan berdoa untuk anda. Lagipun, Yesus sentiasa menyertai anda.”

Melihat Melintasi Kekecewaan

Mungkin anda pernah menonton video tentang seorang budak lelaki yang mendapat tahu bahawa dia akan mendapat seorang adik perempuan lagi. Di pertengahan kekecewaannya dia mengeluh, “Asyik perempuan, perempuan, perempuan!”