Penolong Senyap
Penemuan penisilin merevolusikan penjagaan kesihatan. Sebelum tahun 1940-an, jangkitan bakteria sering membawa maut. Sejak itu, penisilin telah menyelamatkan nyawa yang tidak terkira banyaknya dengan membunuh bakteria yang berbahaya. Orang-orang yang mengiktiraf potensi penisilin dan mengembangkannya untuk kegunaan meluas telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1945.
Gadis Yang Melambai
Pada akhir 1800-an dan awal 1900-an, pandangan yang biasa menyambut kapal-kapal laut sementara masuk ke pelabuhan Savannah, Georgia, Amerika Syarikat. Pandangan itu ialah Florence Martus, “The Waving Girl” (Gadis yang melambai). Selama 44 tahun, Florence menyambut kapal-kapal besar dari seluruh dunia, melambai sehelai sapu tangan pada siang hari atau sebuah lantera pada waktu malam. Pada masa ini, sebuah patung Florence dan anjingnya yang setia berdiri di Morrell Park Savannah, tetap menyambut kapal-kapal yang datang berlabuh.
Einstein Dan Yesus
Kita ingat Albert Einstein lebih daripada rambutnya yang kusut, mata besar, dan kepintarannya yang lucu dan menarik. Kita mengenali dia sebagai genius dan ahli fizik yang mengubah cara kita melihat dunia. Formulanya yang terkenal E=mc2 merevolusikan pemikiran saintifik dan membawa kita ke zaman nuklear. Melalui “Teori Relativiti Khas” dia memberi alasan bahawa oleh sebab segala sesuatu dalam alam semesta ini bergerak, semua pengetahuan hanyalah suatu perspektif. Dia percaya bahawa kelajuan cahaya adalah satu-satunya pemalar, yang kita boleh gunakan untuk mengukur ruang, masa, atau jisim fizikal.
Tidak Lagi!
Sementara saya membaca mesej teks pada telefon bimbit saya, suhu badan saya mula meningkat dan darah saya mula mendidih. Saya hampir mengirimkan mesej jahat apabila suara hati memberitahu saya supaya bertenang dan membalasnya esok. Keesokan paginya selepas tidur malam yang baik, isu yang sungguh mengecewakan saya kelihatan amat remeh. Saya telah membesar-besarkannya kerana saya tidak mahu meletakkan kepentingan orang lain lebih dahulu daripada diri saya sendiri. Saya tidak mahu menyusahkan diri untuk membantu orang lain.
Ke Mana Kita Bersandar?
Dalam Portraits of Famous American Women Robert Henkes menulis, “Sebuah potret bukan sebuah gambar, bukan juga imej cermin.” Sebuah potret melangkaui penampilan luar untuk menyiasat kedalaman emosi jiwa manusia. Dalam sebuah potret, seorang artis sejati cuba “menangkap watak sebenar orang itu.”
Debit Dan Kredit
Apabila suami saya mengajar kelas perakaunan di sebuah kolej tempatan, saya mengambil salah satu ujian itu hanya untuk suka-suka bagi melihat sebaik mana saya boleh melakukannya. Keputusannya tidak baik. Saya menjawab setiap soalan dengan salah. Saya gagal kerana saya bermula dengan kefahaman yang salah mengenai konsep asas perbankan. Saya terbalikkan debit dan kredit.
Aku Datang Untuk Membantu
Penerangan yang jelas daripada wartawan Yakub Riis akan kemiskinan dalam abad ke-19 di Bandaraya New York menakutkan orang ramai yang pada umumnya berpuas hati. Bukunya How the Other Half Lives yang menggabungkan tulisannya dengan gambar-gambarnya sendiri untuk memberikan gambaran yang jelas supaya orang ramai tidak boleh melepaskan diri daripada kewujudan kemiskinan yang mendesak. Anak ketiga daripada lima belas orang adik-beradik, Riis menulis dengan berkesan kerana dia telah hidup dalam dunia keputusasaan yang dahsyat itu.
Adunan Di Dalam Mangkuk
Anak perempuan saya dan saya menganggap kek brownie sebagai salah satu tujuh keajaiban dalam dunia masakan. Pada suatu hari, semasa kami mencampurkan bahan-bahan bagi kek coklat kegemaran kami, anak perempuan saya meminta agar saya meninggalkan sedikit adunan di dalam mangkuk selepas menuangkan yang banyak ke dalam acuan pembakar. Dia ingin menikmati apa yang tersisa. Saya tersenyum dan bersetuju. Kemudian, saya memberitahunya, “Itu dipanggil memungut saki-baki, awak tahu, dan ia tidak bermula dengan kek brownie.”
Tidak Dapat Diduga
Dalam perlawanan golf Wanita Amerika Syarikat Terbuka 2003, Hilary Lunke yang kurang dikenali mendapat hadiah terbesar dalam golf wanita—dan suatu tempat dalam sejarah. Bukan sahaja dia memenangi piala Amerika Syarikat Terbuka dalam perlawanan penentuan 18-lubang, tetapi ia juga satu-satunya kemenangan profesionalnya. Kemenangannya yang mengejutkan dan memberi inspirasi menekankan hakikat bahawa salah satu perkara yang paling menarik mengenai sukan adalah ia tidak dapat diduga.