Category  |  Pedoman Harian

Pengkritik Tanpa Nama

Stika masih kanak-kanak, saya biasa menaiki sepeda untuk pergi ke sekolah yang jaraknya jauh dari rumah. Apabila terdengar suara derit dari roda sepeda, saya pun diingatkan untuk segera memberinya pelumas.

Hak Keistimewaan Keluarga

Semasa saya berada di sekolah rendah di Ghana, Afrika, saya harus tinggal bersama dengan keluarga yang prihatin dan penyayang, jauh daripada ibu bapa saya. Pada suatu hari, semua kanak-kanak berhimpun untuk pertemuan keluarga khusus. Bahagian pertama melibatkan kami semua berkongsi pengalaman masing-masing. Tetapi berikutnya, apabila hanya “anak-anak kandung” dikehendaki hadir, saya dengan sopan dikecualikan. Lalu kenyataan sebenar memukul saya: Saya bukan seorang “anak keluarga.” Walaupun mereka sayangkan saya, keluarga itu harus mengecualikan saya kerana saya hanya tinggal bersama-sama mereka; saya bukan bahagian yang sah dalam keluarga mereka.

Pemain Catur Yang Unggul

Di sekolah menengah, saya berasa bangga dengan kebolehan saya bermain catur. Saya menyertai kelab catur, dan semasa makan tengah hari, saya akan duduk di meja dengan nerda lain, meneliti buku dengan tajuk-tajuk seperti Classic King Pawn Opening. Saya belajar teknik, memenangi kebanyakan daripada pertandingan, dan mengetepikan permainan itu selama 20 tahun. Kemudian saya bertemu seorang pemain catur yang benar-benar pandai, yang telah menyempurnakan kemahirannya sejak di sekolah menengah, dan saya belajar bagaimana bermain melawan seorang pakar. Walaupun saya mempunyai kebebasan sepenuhnya membuat langkah apa pun yang saya inginkan, tiada satupun strategi saya menggugatnya. Kemahirannya yang unggul itu memberi jaminan bahawa langkah-langkah saya itu akhirnya menguntungkan dia.

Hikmat Jaringan

Apabila anda menatal ke bahagian bawah di banyak laman berita dalam talian, anda akan menemukan seksyen “Ulasan”, dan di situ pembaca boleh meninggalkan pemerhatian mereka. Bahkan laman web yang bereputasi baik pun tidak kurang gembar-gembur biadab, penghinaan jahil, dan kata-mengata.

Nyaris-Nyaris

Ada satu tiub lava bawah tanah di selatan Kuna, Idaho, Amerika Syarikat, yang sedikit sebanyak mendapat kemasyhuran tempatan. Satu-satunya pintu masuk, setakat yang saya tahu, adalah sebuah lubang terbuka luas yang menjunam lurus ke bawah ke dalam kegelapan.

Hati Baik Tuhan

Roger telah melalui banyak penderitaan. Dia telah menjalani pembedahan jantung terbuka untuk membaiki satu injap bocor. Kemudian, dalam tempoh hanya beberapa minggu, doktor terpaksa melakukan pembedahan sekali lagi kerana komplikasi. Dia baru sahaja mula sembuh dengan terapi fizikal apabila dia mengalami kemalangan berbasikal dan tulang selangkanya patah. Ditambah pula, Roger juga mengalami kesedihan hati atas kematian ibunya pada masa ini. Dia menjadi amat tawar hati. Apabila seorang kawan bertanya sama ada dia telah melihat Tuhan bekerja dalam apapun cara yang kecil, dia mengakui bahawa dia benar-benar tidak merasakan hal itu.

Bagaimana Mendapat Kedamaian

Gereja kecil bernama Kamppi Chapel of Silence di Helsinki, Finland, menonjol dalam persekitaran bandar. Struktur melengkung, ditutupi dengan kayu, yang menampan bunyi bising daripada kesibukan bandar raya di luar. Pereka membina gereja kecil tersebut sebagai suatu ruang yang senyap dan “persekitaran tenteram kepada para pelawat untuk tenangkan diri mereka.” Ia suatu tempat melarikan diri daripada kesibukan bandar raya.

Dia Menemui Saya

Cerita dalam filem Amazing Grace (Sangat Besar Anugerah-Mu) berlaku pada penghujung tahun 1700-an. Ceritanya berkisah tentang William Wilberforce, seorang ahli politik yang menyumbangkan wang dan tenaganya untuk menghapuskan perhambaan di negara England, kerana dia didorong oleh imannya dalam Kristus. Dalam satu babak filem itu, ketua pembantu rumah Wilberforce mendapati dia sedang berdoa. Maka dia bertanya, “Adakah Tuan menemui Tuhan?” Wilberforce menjawab, “Saya fikir Tuhan yang telah menemui saya.”

Kekuatan Orang Beruban

Yoni Lefevre, seorang seniman berbangsa Belanda telah merancang satu projek yang disebut “Kekuatan Orang Tua,” untuk menunjukkan kekuatan generasi tua di Belanda. Dia menyuruh kanak-kanak tempatan melukis gambar datuk dan nenek mereka. Lefevre ingin menunjukkan “pandangan yang jujur dan murni” mengenai warga-warga emas, dan dia yakin bahawa kanak-kanak boleh membantu membekalkan pandangan itu. Lukisan-lukisan kanak-kanak mencerminkan suatu pandangan yang penuh tenaga dan ceria daripada datuk dan nenek mereka—lukisan datuk dan nenek menunjukkan bahawa mereka sedang bermain tenis, berkebun, melukis dan banyak lagi!